Saturday 10 June 2017

[Video PH Diserang Samseng Di Bazar Ramadan] Insiden samseng cemari semangat muhibah bazar Ramadan Kluang

Ahad, 11 Jun 2017

Pemuda-usir-Pakatan

Insiden samseng cemari semangat muhibah bazar Ramadan Kluang


KLUANG, 10 JUN: Kemesraan antara pengunjung dan rombongan ziarah Pakatan Harapan (PH) di bazar Ramadan dekat sini bertukar kecoh apabila sekumpulan samseng bertindak kasar dan liar.
Dalam insiden sekitar jam 6.45 petang tadi, gerombolan samseng itu telah menghalau dan memaki hamun rombongan PH yang mengedarkam kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong turut dikasari kumpulan tersebut sehingga kaca matanya terjatuh.
Pembantu Khas Ahli Parlimen Kluang, Sheikh Omar Ali berkata, sebelum insiden tercetus, edaran kurma berjalan dengan baik, muhibah dan penuh semangat silaturahim.
“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian.
“Kami telah dimaki hamun, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.
“Salah seorang dari kalangan mereka dapat saya kenalpasti sebagai individu yang sama pernah mengahalang kami memasuki bazar ramadan Bandar Kluang pada 2014 lalu yang lebih dikenali sebagai insiden ‘mana surat?’,” jelasnya.
Kejadian seperti itu katanya amat tidak wajar dan melampau.
“Bulan Ramadan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” ujarnya.
Menurutnya, rombongan PH tidak menghadapi sebarang masalah ketika berada di bahagian makanan.
Beliau difahamkan, kawasan bazar yang dibahagian kepada dua bahagian itu diuruskan oleh dua urusetia yang berlainan.
“Kami ucapkan terima kasih kepada urusetia Bazar Ramadhan yang menguruskan bahagian gerai menjual juadah makanan dan kuih-muih,” katanya.
Rentetan dari peristiwa itu, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Kluang pada jam 10.40 dan 11.45 malam tadi. -Roketkini.com
*berita lanjut menyusul

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena