Thursday 8 June 2017

[Video Rafizi Jawab Musa Hassan & Bukti Najib Ada Akaun Lain] Mengaku atau nafi sahaja kamu bayar Shafee RM9.5 juta, Kit Siang cabar PM.

Jumaat, 9 Jun 2017

Mengaku atau nafi sahaja kamu bayar Shafee RM9.5 juta, Kit Siang cabar PM

Gesaan supaya perdana menteri menjelaskan dakwaan Sarawak Report bahawa beliau membayar RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin memuncak.
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak hanya perlu mengaku atau menafikan sama ada beliau memilik tiga akaun Ambank yang aktif sewaktu pembayaran dibuat kepada peguam, Tan Sri Shafee Abdullah.
Menurut beliau, pendirian berdiam diri bukanlah pilihan jika Najib mahu rakyat Malaysia malahan masyarakat dunia mempercayai bahawa beliau sememangnya berpegang pada prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.
Justeru, katanya, Pengerusi BN itu hanya perlu mengesahkan atau menafikan dakwaan mengenai pembayaran sebanyak RM9.5 juta yang dibuat melalui akaun peribadi miliknya kepada Shafee.
“Kenapa Najib rasa begitu susah untuk buat perkara yang begitu senang?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam kenyataan semalam.
Laman pembocor maklumat, Sarawak Report 31 Mei lalu mendakwa Najib membayar Shafee sebanyak RM9.5 juta menerusi akaun Ambank miliknya.
Wang itu didakwa bersumberkan anak syarikat 1MDB yang kini telah ditutup, SRC International.
Pembayaran itu dikaitkan dengan lantikan Shafee sebagai ketua pendakwaraya semasa rayuan bagi menentang keputusan tidak bersalah melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dakwaan liwat pada 2014.
  1. Pihak kerajaan sebelum ini mendakwa kononnya Shafee hanya menerima RM1,000 sahaja bagi tugas itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena