Saturday, 24 June 2017

[Video MALU WOI! Negara Lain SIBUK SIASAT Tapi Malaysia BIAR Perompak 1MDB MELANCONG!] Hadi jadi ‘lebih juara, pembela’ Najib

Ahad, 25 Jun 2017

Foto Malaysian Support Pakatan Harapan.

U-Turn King

Kit Siang: Hadi jadi ‘lebih juara, pembela’ Najib

 | June 24, 2017
Kata Kit Siang, insiden paling tidak dapat dilupakan di Malaysia pada bulan Ramadan sudah pasti perubahan diperlihatkan oleh Abdul Hadi, menjadi lebih juara dan pembela Najib dan skandal 1MDB berbanding mana-mana orang lain di Umno."



lim-kit-siang_hadi-awang_600
PETALING JAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini muncul “lebih juara dan pembela” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding mana-mna pemimpin dalam Umno.
“Insiden yang paling tidak dapat dilupakan di Malaysia pada bulan Ramadan sudah pasti perubahan yang diperlihatkan oleh Abdul Hadi Awang, menjadi lebih juara dan pembela Najib dan skandal 1MDB berbanding mana-mana orang lain di Umno.”
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media petang ini sebagai respons kepada kenyataan Hadi.
Kata Kit Siang, DAP tidak menyokong sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal domestik Malaysia tetapi “kita juga tidak boleh membenarkan Malaysia menjadi kleptokrasi global.”
“DAP berpegang teguh dalam pendirian ini kerana tidak ada agama yang menyokong rasuah atau kleptokrasi,” katanya.
Terdahulu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, beliau bimbang Malaysia akan jatuh ke tangan negara lain disebabkan tindakan pihak tertentu cuba mempelawa pihak luar campur tangan dalam masalah dalaman demi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya yakin mereka yang mengundang pihak asing mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Surat Terbuka Kepada Parti Politik Malaysia”.
Sehubungan itu, presiden PAS mengingatkan semua parti politik tidak mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah negara seperti kes Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Perwaja Steel, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya, negara asing akan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian oleh mahkamah di negara mereka.
Kenyataan itu dipercayai merujuk tindakan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil di California untuk menyita aset berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion), termasuk karya seni, kapal layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi yang didakwa dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB.
Semalam, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ untuk memfailkan tuntutan mengenai jenayah yang dilakukan di negara terbabit, melibatkan bank dan harta di sana.
Kit Siang menambah, bulan Ramadan 2017 menjadi bulan Ramadan yang tidak dapat dilupakan ekoran perkembangan luar biasa dalam arena antarabangsa dan nasional.
FMT.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena