Sunday 11 June 2017

[Video 'BONGKAR satu per satu DUIT FELDA DiSalah Guna Najib!] Kecoh di bazar Ramadan' Polis tahan dua lelaki & Empat lagi suspek sedang dikesan!

Isnin, 12 Jun 2017

Foto Otai BERSIH.
Dulu dan Sekarang...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Image result for Gambar buat kecoh di pasar ramadhan
Lelaki mengaku imam mengamuk halau orang di bazar Ramadan Kluang | MiLo SuaM

Image result for Gambar buat kecoh di pasar ramadhan
Lelaki mengaku imam halau orang sedekah kurma di Bazar Ramadan | MiLo SuaM

Polis tahan dua lelaki buat kecoh di bazar Ramadan

Polis menahan dua lelaki kerana menimbulkan kekecohan dan provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam yang menyaksikan anggota parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong turut dikasari.
Dua lelaki berkenaan ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, jam 1.40 tengah hari.
"Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku menumbuk mangsa yang sedang mengedar kurma di bazar berkenaan manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.
"Empat lagi suspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini," kata Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham ketika dihubungi Berita Harian hari ini.
Dalam insiden semalam, enam lelaki dikatakan membuat provokasi dengan menghalau beberapa anggota pembangkang termasuk Liew yang sedang mengedarkan kurma kepada orang ramai di bazar tersebut.
Video tindakan provokasi itu menjadi viral di media sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman ahli politik pembangkang dan kerajaan, termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Tindakan yang perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun berbeza pandangan politik," kata Khairy menerusi Twitter rasminya, @Khairykj.
Manakala Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak Islamik.
Polis mula mengesan suspek selepas mangsa membuat laporan polis jam 10 malam tadi.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 akta yang sama kerana ugutan jenayah.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena