Thursday 8 June 2017

[Video 'Warisan sedia gabung dengan Pakatan tumbangkan BN'] Raja Ahmad Zainuddin meninggal dunia.

Jumaat, 9 jun 2017

Raja Ahmad Zainuddin meninggal dunia 


Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Ipoh hari ini.
Adik Allahyarham, Raja Azizah berkata abangnya menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini akibat jangkitan kuman.
Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Ampang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Bendahara selepas solat Jumaat, katanya ketika dihubungi Bernama.
Raja Ahmad Zainuddin, 69, merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah dan ADUN Batu Kurau serta bekas Anggota Parlimen Larut dari 1999 hingga 2008.
Selain itu beliau pernah menjadi pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dan pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji.
Beliau juga pernah menjadi ketua editor Berita Perak dan penulis di Berita Harian.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena