Monday 12 June 2017

[Video Ucapan paling lembut dari leman raja lawan] Shazni dibebas dengan jaminan polis

Isnin, 12 Jun 2017

Shazni dibebas dengan jaminan polis

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin dibebaskan daripada tahanan secara jaminan polis selama seminggu petang ini.
Menurut peguamnya Wan Anwar Wan Ibrahim, tempoh satu minggu yang diberikan adalah untk pihak polis menyempurnakan kertas sisatan sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang mempertimbangakn permintaan saya supaya proses siasatan dapat dijalankan sesegera yang boleh walaupun tempoh reman adalah empat hari," katanya yang menguruskan pelepasan Shazni di Ibu pejabat Polis (IPD) Putrajaya.
Turut hadir menyambut Shazni ialah naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan selain isteri Shazni, Zarith Nor.
Malam tadi aktivis bersama keluarga Shazni hadir ke IPD Putrajaya bagi memberikan Solidariti kepadanya.
Shazni disiasat di bawah Seksyen 341/143 Kanun Keseksaan.
Beliau ditahan polis Jumaat lalu berhubung protes termasuk merantai dan mengunci pagar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu.
Menulis di Facebooknya selepas dibebaskan, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau dan berikrar akan terus membantah tindakan SPR.
"Saya baru dibebaskan dari lokap polis. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersolidariti. Terus tuntut reformasi SPR. Pengerusi letak jawatan!" tulisnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena