Tuesday, 13 June 2017

[Video UAI - Kenapa Qatar Dipulau] Najib telah membawa Malaysia ke dalam 'pelukan' Saudi & Arab Saudi sekat jemaah Qatar masuk Masjidil Haram.

Selasa, 13 Jun 2017

Image result for Gambar najib dan Donald Trump di Arab Saudi
Foto Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu
6 jamNajib telah membawa Malaysia ke dalam "pelukan" Saudi
Foto Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

SURAT TERBUKA KEPADA RAJA-RAJA NEGARA TELUK DAN NEGARA-NEGARA ARAB

Semoga risalah kecil ini sampai kepada Raja-Raja Negara Teluk dan Negara-Negara Arab khususnya negara anda, dalam keadaan anda dan rakyat negara anda sentiasa diberkati dan dimuliakan Allah.

Kami mengikuti setiap perkembangan di negara anda dan percaya apa yang berlaku akan menambah kematangan anda mengurus negara dan kekayaan yang Allah berikan kepada negara anda. Kekayaan itu menagih satu tanggungjawab besar dan ia tidak percuma mengalir begitu sahaja.

Kami percaya sebarang keputusan anda terhadap Qatar Negara Saudara anda sendiri itu, dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan ia dibuat selepas berunding dengan golongan bijak pandai dan pakar dalam bidang masing-masing yang berada di dalam dan di luar negara anda.

Kami juga menantikan satu kebijaksanaan yang lebih tinggi yang akan anda semua putuskan dalam waktu yang terdekat ini. Ingatlah anda dan negara-negara Arab lainnya dilihat sebagai contoh negara Islam. Sebarang tindakan yang baik atau buruk daripada anda, akan tetap dilihat anda sebagai duta tuhan di bumi ini.

Kami percaya sebarang perbezaan pendapat, perselisihan dan sebarang kebimbangan ketika berjiran dapat diurus dengan baik sekiranya anda semua merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta pandangan ulama' muktabar sepanjang zaman dan jauh dari kongkongan hawa nafsu.

Kami juga percaya dengan kekayaan, kekuatan, perpaduan, pengurusan negara yang baik, bilangan penduduk negara yang ramai, sokongan dari penduduk antarabangsa tidak kira dari pelbagai agama dan bangsa terhadap anda, anda boleh memerdekakan diri dari sebarang kuasa besar asing yang sentiasa mengugut atau menakut-nakutkan anda.

Akhirnya kami menantikan satu kebijaksanaan baharu dari anda dalam keadaan kami terus tenang dan baik sangka kepada anda.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti Amanah Negara

Arab Saudi sekat jemaah Qatar masuk Masjidil Haram

Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah Islam Qatar memasuki Masjid al-Haram, ini menunjukkan krisis diplomatik di rantau itu semakin teruk.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Qatar mendapat aduan dari rakyatnya yang mendakwa jemaah haji Qatar disekat memasuki Masjid al-Haram di Mekah.
Pengerusi NHRC Ali Smaikh al-Marri dikatakan mengkritik kejadian itu kerana ia mencabul hak mengamalkan agama.
Pihak berkuasa Arab Saudi selalunya tidak menyoal etnik atau pegangan mazhab yang berkunjung ke Masjid al-Haram. Dakwaan ini terbit beberapa hari selepas Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar Isnin lepas.
Mereka mendakwa Qatar menyokong terorisme, tuduhan yang Qatar sifatkan suatu pembohongan.
“Usaha kami membanteras terorisme lebih kuat berbanding ramai negara yang menandatangani kenyataan bersama itu – hakikat yang sengaja diabaikan oleh penulisnya,” kata Doha.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena