Friday 9 June 2017

[Video Ulang Tayang Peneroka: 'Jangan sampai saya jadi komunis!'] Punyalah rakus gelojoh nak kutip cukai? Tuan Ibrahim akui kaji isu pelancongan untuk tesis sarjana.

Sabtu 10 Jun 2017
Foto Suara Rakyat.

TU DIA !!!.. Pada mulanya Jabatan Kastam mengumumkan pelaksanaan Cukai Hotel berkuatkuasa pada 1 Ogos ini. Tiba-tiba Nazri kata pada 1 Julai... hurmm

Punyalah rakus gelojoh nak kutip cukai punya pasal..


Tuan Ibrahim akui kaji isu pelancongan untuk tesis sarjana

Semacam dipersendakan dan tular di media sosial, Timbalan Presiden PAS hari ini sebaliknya bersikap terbuka mengenai tesis sarjana yang pernah disiapkannya pada 1995.
Bercakap kepada Malaysiakini, timbalan presiden PAS itu berkata, kajian untuk ijazah sarjana beliau adalah berkaitan dengan sektor pelancongan di Pulau Tioman.
Bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam - Satu Kajian Di Pulau Tioman, Tuan Ibrahim menyiapkan kajiannya semasa mengikuti pengajian jurusan dakwah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Kajian saya mengenai implikasi pelancongan terhadap umat Islam di Pulau Tioman.
"Saya tengok keberkesanan kajian saya dari segi hal tanah, yang kedua dari segi manfaat kepada penduduk sebab dan yang ketiga berkaitan akhlak Islam.
"(Sektor) pelancongan itu dia (menjurus kepada unsur) liar, minum (arak), terlibat pelancongan pelacuran," katanya.
Sebelum ini beberapa pengguna media sosial mempertikaikan kelayakan akademim Tuan Ibrahim.
Tesis mengenai kajian pelancongan di Pulau Tioman yang disiapkannya itu dilihat sebagai tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai antara orang paling penting dalam PAS.
Anak kelahiran Jengka, Pahang pada Ogos 1960 itu pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum terlibat sepenuh masa bersama PAS.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena