Monday 5 June 2017

[Video Nik Nazmi: 4 persoalan berkaitan Shafee Abdullah] NAJIB KATA KADAR KEMISKINAN TEGAR HAMPIR 0%, ANDA SETUJU?

Isnin, 5 Jun 2017

Foto Rafizi Ramli.

NAJIB KATA KADAR KEMISKINAN TEGAR HAMPIR 0%, ANDA SETUJU?

Dato' Seri Najib sekali lagi ketika memberi ucapan kepada khalayak ramai telah menguar-uarkan bahawa kadar kemiskinan tegar di Malaysia sudah menghampiri 0%. Sememangnya beliau sedar bahawa ayat-ayat retorik seperti ini akan mendapatkan beliau tepukan yang amat gemuruh sekali daripada penyokong-penyokong dan ahli-ahli UMNO di bahawa pentas tersebut.

Reaksi rakyat kebanyakan di luar sana bagaimanapun amat berbeza sekali. Mereka mungkin sedikit keliru dengan kenyataan-kenyataan ini kerana ianya amat bercanggah sekali dengan realiti kehidupan di Malaysia tercinta ini. Mana-mana rakyat pun samaada mereka daripada golongan penyokong pembangkang ataupun Barisan Nasional semestinya pernah mengalami peristiwa di mana mereka bertemu dengan orang-orang fakir miskin, gelandangan, ataupun peminta sedekah di jalanan yang kini memang amat ramai sekali jumlahnya.

Sementara menyambut bulan Ramadhan yang amat mulia ini, saya harap semua mereka yang bersetuju bahawa masih terdapat sebegitu ramai keluarga fakir miskin di luar sana yang memerlukan pertolongan untuk menyumbang sekecil-kecil RM60 untuk menanggung kos pembelian barangan keperluan asas untuk mereka. Dengan kos barang yang semakin meninggi kerana GST, rasionalisasi subsidi, inflasi, kadar pengagguran yang tinggi, dan kadar kenaikan gaji yang tidak memadai, saya pasti ini adalah masa yang paling kritikal untuk kita menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam masa terdekat saya akan membuat pengumuman untuk memanggil mereka yang telah berdaftar sebagai sukarelawan INVOKE Malaysiauntuk bersama bertemu dan membantu menghulur barangan asas yang telah disumbangkan kepada keluarga-keluarga fakir miskin yang telah di kenalpasti untuk program ini.

Sumbangan boleh dibuat melalui link: http://bit.ly/HidupkanRamadhan atau terus kepada akaun bank INVOKE Malaysia (Maybank, 5622 0964 0698, INVOKE Solutions Sdn Bhd).

Setiap sumbangan yang diterima amatlah dihargai dan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini kepada semua golongan muslimin dan muslimat.

Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena