Thursday 20 July 2017

[Video Najib UMNO MCA DALANG Kebanjiran Pekerja Asing Bangladesh Sampai Rakyat Menganggur!] Kalau tak ada umnoBN, mati lah kita?

Jumaat, 21 Julai 2017

Image result for Gambar pekerja asing

Kalau tak ada BN, mati lah kita?


Ramai sahabat saya yang baik, masuk politik, atau lebih tepat lagi, masuk parti politik. Sering juga kami berbeza pendapat dalam banyak hal, saya pula, sebagai orang yang berada di luar, sering sahaja menghamburkan kritikan. Dan iya, menghamburkan kritikan itu adalah perkara paling mudah, sedang yang bekerja di bawah(grass roots) yang benar-benar faham akan kepayahan sebenar.
Dalam pada kritikan saya lemparkan, dalam diam-diam, saya meletakkan harapan yang besar pada mereka. Mereka orang-orang baik yang berprinsip. Saya doakan agar mereka kekal sebagai orang baik dan berprinsip. Tidak perlu saya nyatakan nama, mereka kenal siapa mereka.
Ramai pula yang masuk parti politik, kononnya untuk membawa perubahan dalam negara. Bertahun sudah, tidak ada perubahan yang berlaku, sedang merekalah yang berubah. Saya tidak salahkan mereka, mungkin hari-hari mereka termimpi-mimpi, mahu jadi YB!
Siapa patut jadi peneraju perubahan
Perbahasan hari ini telah diperbahaskan dengan begitu lama, dan begitu panjang. Mengapa kita perlu berubah? Siapa akan menjadi penggantinya?
Ketika berbual dengan beberapa orang sahabat, dalam membincangkan sebab-sebab untuk perubahan itu, katanya, “kita perlu berubah, kerana korupsi!”. Kata sahabat yang lain, “terlalu banyak akta menindas, tukar kerajaan akan dapat menghapuskan akta-akta ini!”.
Saya hanya mampu tersenyum. Maaf, namun pada saya ianya hanyalah mimpi nan indah. Saya juga hampir hanyut dalam mimpi yang sama. Menghapuskan korupsi, atau menghapuskan akta menindas, tidak akan tercapai dengan hanya menukar kerajaan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh yang singkat ini.
Ramai juga yang berbicara soal prinsip, kononnya kerajaan baru ‘wajib suci’, sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan. Saya katakan, selagi mana namanya yang memerintah itu seorang manusia, mustahil dia sempurna.
Pertama, sudah tentu, pemuda harus menjadi penerajunya. Soal siapa patut jadi Perdana Menteri, adalah persoalan kedua. Pemuda jangan ikut permainan memualkan pemain politik tua yang tak habis-habis berbalah soal jawatan!
Saya cuma punya satu sebab, dan hanya satu, dalam persoalan mengapa perlunya perubahan kerajaan. Perubahan kerajaan mungkin akan membawa kebaikan, malah mungkin keburukan. Namun perkara yang paling besar yang dapat dicapai adalah perubahan ‘mentaliti’!
Dengan perubahan, kita dapat membuktikan, terutamanya kepada orang Melayu, bahawa walau tanpa BN, tidak ada rakyat yang akan mati kebuluran. Melayu masih lagi Melayu. Maka dengan dengan itu, rakyat tidak akan takut lagi, untuk menghumban kerajaan yang tidak mengurus tadbir dengan baik pada masa akan datang.
Malah saya mengharapkan, sekiranya ditakdirkan berlaku perubahan kerajaan, kerajaan baru ini akan dijatuhkan selepas 2-3 penggal mentadbir, agar ‘semangat membangun’ itu sentiasa diperbaharui.
ما من امة تتمدن الا وشبانها في الامام
*Amir Abd Hadi adalah Penyelaras pertubuhan hak asasi manusia, SUARAM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena