Wednesday 19 July 2017

[Video Biar Najib, Rosmah 'enjoy' dulu naik MRT, minggu depan dia akan 'DEMAM'] Hasil Kutib Duit GST RM40 Bilion Setahun PERGI MANA? 'Rakyat pun mahu tahu agenda Blok Ketiga Pas'.

Khamis, 20 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.
Rakyat yg tanggung segala kebobrokan & pemborosan pemimpin2 Umno/BN dan kerajaan.

MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN, kenapa ? Dah lapar kebulur sangat dedak #BR1M ka..

Mentang2lah suapan BR1M makin BERTAMBAH !!. Terus jadi senyap. Sbb kenang budi BR1M maka pangkah BN...

Terpulanglah pada rakyat utk lakukan perubahan#UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14

'Rakyat pun mahu tahu agenda Blok Ketiga Pas'

Shazni Munir Mohd Ithnin
Pas yang dilihat berterusan mempersenda Harapan  terutama selepas pengumuman logo kesepakatan empat parti berkenaan digesa kembali menterjemahkan makna pendekatan budaya politik matang dan sejahtera.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Blok Ketiga yang diumumkan Pas pada 16 Mac tahun lalu itu sehingga hari ini masih belum jelas tawarannya kepada rakyat.
"Lebih baik pimpinan Pas serius dengan agenda mereka bersama Ikatan (Parti Ikatan Bangsa Malaysia) yang diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu.
"Rakyat pun mahu tahu apa agenda dibawa Pas melalui Blok Ketiga yang kononnya disokong beratus-ratus NGO itu," bidasnya ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Malaysia Dateline kelmarin.
Beliau memberitahu Harapan setakat ini benar-benar serius menawarkan perubahan lebih baik kepada rakyat dalam usaha menggantikan rejim Umno-BN.
"Kita sudah ada tujuh agenda utama 100 hari sebaik Harapan diberi mandat rakyat. Harapan juga sudah selesai struktur dan agenda yang mahu dibawa. Tinggal lagi soal berkaitan pengurusan, manifesto dan lain-lain.
"Di peringkat akar umbi pula, rakyat pun nampak jentera bagi keempat-empat parti dalam Harapan rancak mengadakan program secara kerjasama," jelasnya.
Mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad yang mengaitkan logo Harapan  dengan DAP, beliau berpendapat tindakan Exco kerajaan negeri itu sebagai sudah terdesak.
"Lucu pun ada. Dia cuba sedaya upaya mahu burukkan imej Harapan padahal majoriti rakyat tidak nampak kaitan itu. Kalau paling orang nampak pun pengaruh Amanah yang sering ditohmahkan sebelum ini.
"Bukankah Pas suka panggil Amanah sebagai Pan dan akhirnya logo itu ada pula kata 'Pan'. Mengapa tidak dikatakan logo tersebut ada pengaruh Amanah?
"Adakah sebab takut penyokong mereka nampak Harapan melibatkan pimpinan Amanah serius mahu menentang BN?
"Apapun saya anggap pihak yang keterlaluan mencemuh Harapan termasuk logo pun dipersenda adalah tentera siber Umno dan Pas," katanya.
Sehubungan itu, Shazni berharap Harapan mengekalkan momentum sedia ada dan pada masa fokus menggandakan kerjasama bagi menjatuhkan BN pada PRU-14 akan datang.
  • Avatar


    Betul tu. PIS ni hanya tayar spare no. 3 untuk UMNO. Nilainya amat Corot, malulah sikit PIS.

    • Avatar


      block ketiga ni macam tayar spare lah. kalau tayar umno pancit pinjam tayar pas lah.

    0 comments:

    Post a Comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena