Friday, 7 July 2017

[Video Dr Mahathir, pakar tumbangkan PM, pemimpin politik] Gandingan Anwar, Tun Dr Mahathir beri keyakinan baru kepada rakyat.

Jumaat, 7 Julai 2017

Gandingan Anwar, Tun Dr Mahathir beri keyakinan baru kepada rakyat


TAIPING, 7 JULAI: Sikap terbuka bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat mentadbir kerajaan menonjolkan kematangan politik pemimpin-pemimpin PH.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar bakal memberi impak yang amat besar kepada negara kerana kedua-dua pemimpin ini merupakan tokoh negarawan yang memiliki pengaruh yang besar kepada rakyat Malaysia.
“DAP Perak mengalu-alukan kenyataan Tun Dr Mahathir yang bersedia untuk menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Ini adalah berita yang baik, ia menunjukkan kematangan berpolitik antara pemimpin Pakatan yang sanggup mengutamakan agenda reformasi demi rakyat dan negara dari mana-mana kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata, tauladan dan kematangan berpolitik yang ditonjolkan ini wajar dicontohi semua pemimpin dan anggota Pakatan Harapan untuk memenangi PRU-14.
“Dengan pengumuman ini, DAP Perak percaya semangat Pakatan akan dipertingkatkan dan rakyat akan mempunyai lebih keyakinan dalam misi kita menyelamatkan negara dari rejim kleptokrat yang mencuri harta benda negara,” katanya lagi.
Semalam, Tun Dr Mahathir dalam satu temubual dengan The Guardian mengulangi desakannya supaya Anwar dibebaskan dan dibenarkan kembali terlibat dalam politik dan mengakui bahawa bekas timbalannya itu merupakan mangsa dendam politik.
“Jelas sekali keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan saya rasa kerajaan akan datang akan mampu memujuk Agong untuk memberikan pengampunan Di Raja kepada Anwar.
“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi PM. Saya tidak ada bantahan,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu. –Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena