Wednesday 26 July 2017

[Video Perihal Husni merujuk semula kpd Najib & Zambri umpama telur dihujung tanduk?] Sudah cukuplah dgn janji-janji manis UmnoBN, RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN.

Rabu, 26 Julai 2017

Image result for Gambar telur dihujung tanduk
Nyawa lelaki itu bagaikan telur dihujung tanduk apabila "aset"nye ditanduk oleh seekor Lembu.

SUDAH CUKUP DENGAN JANJI-JANJI MANIS UMNO BN, RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN

Kenyataan Media | 25 Julai 2017
Saya membaca kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bahawa kerajaan Umno BN sedia memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.
Apa yang semua sudah sedia maklum, kerajaan Umno BN memang sudah terlalu banyak kesilapan yang sengaja dilakukannya.
Antaranya kesilapan dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang begitu zalim terhadap semua lapisan rakyat meskipun negara belum bersedia untuk melaksanakannya.
Umno BN juga telah banyak kali membuktikan bahawa mereka seolah-olah tidak peduli akan nasib golongan bawahan dengan jurang pendapatan ketara, yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin bertambah miskin.
Kesan buruk kepada rakyat dan negara semakin menyerlah dengan gejala rasuah yang semakin membarah, keborosan melampau dan skandal dan ketirisan seperti 1MDB, FGV, Felda, Tabung Haji, NFC,KWAP sudah cukup menceritakannya.
Sikap tamak haloba pemimpin Umno BN dengan setiap peruntukan dan bajet negara yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah 'dicuri' sebanyaknya dan hanya meninggalkan 'hampas' kepada rakyat.
Rakyat sudah terlalu penat dengan kesemua janji yang telah ditabur dan habuan 'saguhati' yang tidak seberapa, pada hakikatnya rakyat semakin ditindas sehingga membebankan kehidupan seharian mereka.
Saya ingin menasihatkan kepada Tengku Adnan untuk letak jawatan dan berehatlah selama mungkin jika sudah kehabisan idea untuk membantu warga Wilayah Persekutuan.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit dan lawan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,  sampai bilakah rakyat hendak diperbodohkan lagi?
*Datin Paduka Dr Tan Yee Kew*
Bendahari Agung
Parti KEADILAN Rakyat


KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena