Monday 17 July 2017

[Video SIAP SEDIALAH UMNO! Pesara Tentera Akan TENTANG HABIS HABISAN Najib Sampai Tumbang] Harapan kutuk Israel tutup Masjid Al-Aqsa

Isnin, 17 Julai 2017

Image result for Gambar Masjid al Aqsa
Image result for Gambar Masjid al Aqsa

Harapan kutuk Israel tutup Masjid Al-Aqsa

Pakatan Harapan (Harapan) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Bagi pihak Pembangkang Parlimen Malaysia, saya mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid al-Aqsa pada Jumaat, 14 Julai 2017 oleh rejim Israel.
"Penutupan ini bermakna umat Islam tidak dapat mengerjakan ibadat solat Jumaat di Masjid al-Aqsa buat kali pertama dalam hampir lima dekad," kata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa mengutuk penutupan ini dan Masjid Al-Aqsa dibuka semula.
"Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga terpenting dan suci bagi umat Islam, dan merupakan juga satu tempat penting dan suci bagi penganut agama Kristian.
"Penutupan ini menandakan peningkatan ketegangan hubungan di antara Israel dan Palestin," katanya.
Menurut beliau, penutupan itu tidak patut dijadikan peluang bagi puak-puak radikal dan militan ekstremis mengembangkan fahaman mereka.
"Walaupun kami faham isu keselamatan yang membawa kepada tindakan ini, namun penutupan Masjid al-Aqsa tidak patut dijadikan peluang puak-puak radikal dan militan ekstremis untuk mengembangkan fahaman kejam mereka," katanya.
Menurut laporan Al Jazeera, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.
Saluran berita bebas negara Arab itu turut melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan hari ini menyokong penegasan perdana menteri, menyatakan tindakan pihak berkuasa Israel itu merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan.
"Ini merupakan pertama kali sejak 1969 umat Islam dilarang menunaikan solat Jumaat dalam Masjid al-Aqsa,” jelas kenyataan itu, lapor Bernama.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena