Tuesday 11 July 2017

[Video "Lamo2 mari jumpo sekali" Bukti PAS Hanya Lawat Kawasan Ketika Pilihanraya] 'DAP tak 'hilang roket' tapi Pas hilang jati diri'.

Selasa, 11 Julai 2017

Foto Pakatan Harapan Supporters.
Ikon kerajaan di kelantan.?

PROGRAM Kelantan International Bike Week 2017 yang berakhir malam tadi menyaksikan kelainan apabila pemilik motosikal berkuasa tinggi dibawa melawat sekolah tahfiz.

Maahad Tahfiz Darul Ulum di Kampung Meranti, Pasir Mas pagi semalam menerima kedatangan lebih 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Program tersebut diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu bermula pagi Jumaat.
Konvoi peserta ‘charity ride’ itu dilepaskan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
HARAKAHDAILY 9/7/2017

'DAP tak 'hilang roket' tapi Pas hilang jati diri'

DAP tidak 'hilang roket' sebaliknya Pas telah hilang jati diri perjuangan dan menjadi rakan kongsi kepada Umno-BN untuk mensabotaj usaha DAP dan Pakatan Harapan melawan ketidakadilan di negara ini, tegas bekas ahli Pas yang kini bersama DAP.
Kecewa dengan sikap Pas yang jelas berubah, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali (gambar bawah) berkata, Pas kini menjadi 'tongkat' mengukuhkan lagi pemimpin kleptorat.
Sheikh Omar Ali"Pas hari ini jelas telah berubah. Pas sudah lupa bahawa dalam apa juga usaha menegakkan keadilan dan melawan kemungkaran pemerintah, tekanan dan muslihat jahat pihak musuh merupakan fitrah dan lumrah dalam perjuangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas artikel penggerak Pas dalam Harakahdaily mengenai arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan CEC baru.
Tarbiyah Pas
Sheikh Omar berkata, sewaktu bersama Pas, beliau dan rakan-rakan seringkali ditarbiyah (dididik) bahawa perjuangan yang benar pastinya akan bertemu titik pertembungan apabila berhadapan kezaliman.
Bahkan katanya, ia menjadi bukti bahawa perjuangan yang kita dukungi berada di landasan yang betul. Mustahil sekali musuh akan memberi laluan mudah kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.
"Dalam hal ini, kami juga sering diperdengarkan ayat-ayat Quran seperti dari surah At-Tawbah yang membawa pengertian 'Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang mudah dan perjalanannya tidak begitu jauh, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh lagi berliku."
"Kami juga sering diceritakan bagaimana perjuangan yang dilalui oleh para nabi dan rasul tatkala berhadapan pemerintah yang zalim. Mereka terpaksa berhadapan risiko hatta mengancam nyawa.
"Jadi, tekanan serta ancaman yang dikenakan keatas DAP melibatkan ROS - pada kacamata Islam - bukanlah suatu yang luar biasa. Ia adalah lumrah dan asam garam dalam perjuangan menegakkan keadilan. Khususnya, disaat kritikal berhadapan pemerintah kleptokrat yang menindas rakyat hari ini," katanya.
Bagaimana Pas cenderung kepada kezaliman?
Menurut beliau juga, Pas bersikap pelik pada hari ini apabila begitu intim dengan pemerintah zalim.
"Dengan segala kemungkaran nyata yang telah dilakukan oleh Umno-BN yang menekan rakyat dan menjarah harta negara, bagaimana Pas boleh begitu rapat dan cenderung kepada mereka?
"Adakah Pas telah melupakan nasihat para murobbi (pendidik) dan pemimpin terdahulu mereka sebelum ini? Apakah PAS sudah lupa kata-kata yang sering diungkapkan oleh Al-Marhum ustaz Fadzil Noor "Ulamak yang jahat ialah ulamak yang menyerondoi di pintu-pintu umarak"?
"Pas sepatutnya memahami perkara ini. Malangnya, sikap yang dipamerkan menerusi tulisan di portal rasmi parti itu ibarat 'menyimbah minyak ke dalam api'. Bahkan, ia menzahirkan lagi sikap Pas yang telah menjadi lidah kepada pemerintah zalim," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena