Tuesday 18 July 2017

[Video Aliran Haram 1MDB & Kekayaan Yeo Jiawei, USA halang Banknya untuk si Korup, Isu Cilmate Protectors dan PAS] KEHACURAN UMNO KIAN JELAS? & Peguam Negara dicabar tunjuk bukti aliran ‘derma’ RM2.6 bilion.

Rabu, 19 Julai 2017

Foto Otai BERSIH.
KEHACURAN UMNO KIAN JELAS...!

Peguam Negara dicabar tunjuk bukti aliran ‘derma’ RM2.6 bilion

KUALA LUMPUR, 18 JUL: Tan Sri Mohamed Apandi Ali dicabar untuk mendedahkan aliran tunai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membuktikan bahawa ia benar-benar adalah derma seperti yang didakwanya.
Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, peguam negara itu perlu mengeluarkan laporan lengkap berhubung pemindahan dana tersebut untuk didedahkan kepada orang awam dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.
“Dia patut berani dan menyahut cabaran saya. Lagipun, dia kata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak ada apa hendak cuba disorokkan,” kata Ahli Parlimen Puchong itu dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penafian Apandi terhadap dakwaan Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan peguam negara itu yang didakwa menyembunyikan bukti jenayah berkaitan skandal 1MDB.
Bekas perdana menteri itu dalam ceramah perdana HARAPAN di Shah Alam semalam berkata, HARAPAN akan menyoal peguam negara kerana menyembunyikan pelakuan jenayah membabitkan 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) jika berjaya menawan Putrajaya kelak.
Apandi, sebelum ini membersihkan Najib Razak daripada sebarang salah laku membabitkan skandal 1MDB apabila memutuskan bahawa RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Presiden UMNO itu kononnya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagaimanapun menemukan bukti yang berbeza apabila mendakwa RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib itu adalah berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan.- Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena