Sunday, 16 July 2017

[Video Semua Orang Berbicara Mengenai HARAPAN!] Kini! Elaun guru pelatih DIHAPUSKAN malah disaran suruh berhutang ambil #PTPTN! Ada siapa nak undi BN lagi?

Ahad, 16 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.

FAKTA: Sejak Najib memerintah..

Subsidi Tepung.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Beras.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Gula.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Elektrik.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Minyak.. DIHAPUSKAN !!
Subsidi Minyak Masak.. DIHAPUSKAN !!
Kini.. Elaun guru pelatih DIHAPUSKAN malah disaran suruh berhutang ambil #PTPTN !!!

Ada siapa nak undi BN lagi ??!

HASIL KUTIP DUIT GST RM40 BILION SETAHUN PERGI MANA ??!

Armada Bersatu gesa kerajaan kaji semula penarikan elaun pelajar IPG

Exco Pendidikan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Mohd Asyraf Mustaqim Badrul Munir (Gambar kiri)berkata, cadangan kementerian pendidikan dakwaya, tidak masuk akal apabila sistem pendidikan negara menjadi mangsa sedangkan pendidikan penting dalam pembinaan dan pembangunan masyarakat.
"Armada kesal dengan langkah ini biarpun pihak kami ambil maklum mengenai cadangan ini telah dibincangkan sekian lama. Sebelum elaun sara hidup PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) dan PPISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) diselaraskan pada kadar RM430 sebulan dengan 'mahasiswa' PISMP menerima elaun tambahan bagi perjalanan pada jumlah maksima sebanyak RM500.
"Jumlah elaun bagi PISMP pada asalnya lebih tinggi mengikut zon iaitu RM700 bagi Zon A dan RM595 bagi Zon B. Namun jumlah ini diselaraskan pada RM430 atas alasan usaha “Kementerian Pendidikan Malaysia mengoptimumkan penggunaan resos melalui meningkatkan keberkesanan kos bagi latihan guru praperkhidmatan di IPG” dan 'kononnya' dalam masa yang sama turut ingin “memastikan bahawa semua 'mahasiswa' IPG mendapat bantuan elaun sara hidup," ujarnya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan, dibuat  Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon pada Jumaat  yang  dilaporkan berkata, kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan.Guru pelatih disaran memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka.
Justeru menurut Mohd Asyraf Mustaqim lagi, berdasarkan daripada surat balas Timbalan Rektor IPG Malaysia Dr. Noriati A. Rashid bertarikh 3 Mac 2017 di Kementerian Pendidikan menjawab rayuan pihak NUTP untuk kadar elaun 'mahasiswa' dapat dikekalkan, namun ujarnya, semua pernyataan di atas adalah retorika semata.
"Kini kerajaan ingin mengambil langkah dengan menghentikan pemberian elaun kepada 'mahasiswa' PISMP IPG secara total. Kenapa hal ini berlaku?
"IPG yang merupakan gedung dalam melahirkan golongan pendidik. Namun dibebani perjalanan pengajian mereka untuk berbakti buat anak bangsa dan ini jelas bahawa kerajaan Najib Razak mengambil enteng perihal ini," katanya.
Mohd Asyraf Mustaqim  memberitahu,  Armada dimaklum bahawa beberapa elaun lain seperti elaun buku dan elaun praktikum telahpun dimansuhkan.
"Hairan perkara ini terjadi kerana ambilan 'mahasiswa' IPG kini semakin berkurangan.
"Apatah lagi selepas Bajet 2017 yang lalu. Kerajaan memutuskan untuk menutup 11 buah IPG dari 27 buah IPG sedia ada dengan 9 buah darinya menjadi Politeknik atau Kolej Vokasional manakala 2 lagi dijadikan Pusat Permata!
"Perlu diingatkan bahawa 'Bajet Program Permata' adalah dibawah Jabatan Perdana Menteri yang menyaksikan peningkatan bajet melebihi 100% pada bajet 2017 berbanding tahun 2016 dengan pemberian bajet sebanyak RM36.3 juta bagi tahun 2016 kepada RM85 juta bagi tahun 2017. Seharusnya bajet Permata wajib diserapkan untuk membantu menampung kos 'mahasiswa' IPG!
"Malah kerajaan Najib Razak nyata lebih tidak bertanggungjawab dan menjuarai aspek menyusahkan rakyat apabila dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.
" Malah apabila bajet pendidikan itu sendiri dikurangkan dalam keadaan pihak sekolah tidak mampu memberikan 'gaji' kepada guru pelatih dengan terpaksa membiayai bermacam-macam kos operasi di peringkat pengurusan sekolah.
"Menteri kerajaan di bawah Najib Razak dengan semberono sahaja mencadangkan agar 'mahasiswa' IPG , yang seharusnya diberikan elaun untuk mendapatkan pinjaman PTPTN bagi membiayai kos sara hidup.
"Ini akan lebih membebankan golongan anak muda khususnya. Jika tanpa elaun, hampir 30% mahasiswa seluruh IPG dikatakan tidak mampu menanggung kos hari demi hari proses menamatkan pengajian mereka! Khususnya belanja perjalanan pergi balik ke sekolah dan perbelanjaan bagi kos sara hidup sehari-hari. Dan melalui PTPTN ianya akan lebih teruk kerana 'mahasiswa' dibebani hutang.
"Ingatlah, tugas kerajaan adalah menyediakan prasarana serta kemudahan bukannya potong bajet dan suruh rakyat berjimat malah berhutang, sedang duit yang dibelanjakan entah ke mana. Hari ini begitu banyak cukai yang dikenakan dengan GST mencatatkan keuntungan sehingga RM39bilion tetapi rakyat tetap terus terbeban menderita," ujarnya.

1 comments:

eyang said...

PERMISI,,,MOHON MAAF,WAJIB LAPOR YANG PUNYA GROUP UNTUK POSTING DI GROUP ANDA CUMA MAU BERBAGI CERITA KISAH NYATA ,,,assalamu'alaikum warrohmatullohi wabarookaatuh...
Saya pendatang baru di grup ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada NYI,RATU,HARISBAYA karna berkat bantuan Nombor togel 4D yang NYI-RATU berikan ternyata benar-benar TEMBUS 100% 4D dan alhamdulillah saya menang angka sebanyak Rp 500 juta Dalam 5 putaran dalam bentuk uang Indonesia saya menang banyak karna saya pasang angka NYI,RATU,HARISBA dari 5 bandar di TAIWAN,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan NYI-RATU,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang NYI-RATU berikan ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan kalau boleh saya jujur NYI,RATU,HARISBAYA sudah berapa banyak peramal/dukun di internet yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak tapi dengan bantuan NYI-RATU kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya, alhamdulillah saya ada rencana pulang kampung karna sudah 7 tahun jadi TKW TAIWAN tidak perna pulang ke indonesia, ini karna bantuan NYI-RATU saya akan pulang ketemu semua keluarga saya itu semua berkat bantuan saya ingatkan kepada teman2 Tki dan Tkw tidak ada dukun yg bisa menangdingi kesaktian NYI,RATU,HARISBAYA,"INGAT" didunia ini tidak ada yg tidak mungkin selama lafadz "kun fa ya kun" selalu dalam genggaman Allah, maka cukuplah dengan berkata "JADILAH MAKA TERJADILAH"
SYARATNYA : ANDA HARUS SERIUS.
silahkan anda hubungi-NYI,RATU,HARISBAYA
di nomor :-08-52-88-81-87-59 :saya sudah buktikan dalam 5X putaran ini tidak perna meleset dan saya pastikan anda tidak akan kecewa dan anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti cuma NYI-RATU-yang menjamin Jackpot 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang,
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RITUAL ,,,,,,
2D.3D.4D.5D.6D
angka GHOIB:SINGAPURA
angka GHOIB:HONGKONG
angka GHOIB:MALAYSIA
angka GHOIB:LAOS
angka GHOIB:SIDNEY
angka GHOIB:CAMBODIA
angka GHOIB:CHINA
angka GHOIB:KOREA
angka GHOIB:ARAB SAUDI
angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
angka GHOIB:TAIWAN
angka GHOIB:THAILAND

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena