Saturday 9 March 2013

PM Caretaker Goverment Semakin Terdesak - Lapor Bank of America Merrill Lynsh (BofAML)


Ahad, 10 Mac 2013
JUSTICE FOR BENG HOCK
A Mum Of Three MOHD.blogspot
Konflik Sabah rumitkan keadaan untuk Najib, lapor BofAML
Bukan aku yang cakap tapi Bank of America Merrill Lynch (BofAML) yang cakap maca. Aku tumpang sekaki menyokong apa yang pihak tu cakap.

Konflik di Sabah antara pengikut Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia boleh menjejaskan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pilihan raya umum Malaysia, kata Bank of America Merrill Lynch (BofAML).

Dalam nota penyelidikan terbarunya yang bertarikh 7 Mac, BofAML berkata kajiselidik yanfAML)g dijalankan pada bulan Januari hingga Februari itu menunjukkan bahawa populariti Najib merosot, didorong oleh penurunan dalam sentimen pengundi Melayu, manakala rasa "tidak puas hati" dengan BN dan kerajaan, meningkat.

"Krisis berterusan di Sabah (Lahad Datu) juga boleh merumitkan keadaan untuk PM Najib. Sabah adalah salah satu kubu kuat BN. Sabah dan Sarawak menyumbang satu pertiga daripada Kerusi parlimen BN dalam pilihan raya umum ke-12," kata bank itu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, krisis tersebut, bagaimanapun, tidak menjejaskan persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 kata BofAML.

Pada hari Khamis, Malaysia menolak permintaan Sultan Sulu Jamalul Kiram III untuk mengadakan gencatan senjata.
Lebih 200 pengikut Kiram belayar ke Sabah bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.-MKini
POSTED BY A MUM OF THREE MOHD AT 2:30 PM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena