Saturday, 23 March 2013

Lajim Ukin: Saya Mungkin Bertanding Atas Tiket PAS


Sabtu, 23 Mac 2013
Lajim Ukin: Saya Mungkin Bertanding Atas Tiket PAS

PETALING JAYA:
 Ahli parlimen Beufort, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) tidak menolak  
kemungkinan beliau bertanding menggunakan tiket parti PAS dalam usaha mempertahankan
 kerusi yang disandangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
"Saya akan bertanding...saya akan menggunakan salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat, 
sama ada PAS atau PKR.
"Mustahil saya bertanding di bawah DAP kerana kawasan saya kawasan Melayu Islam," 
kata beliau ketika ditemui Malaysian Digestbaru-baru ini.

"Kita sudah bincang tetapi biarlah pimpinan Pakatan yang menentukan untuk saya 
menggunakan lambang apa dan sebagainya," katanya.
Kata beliau, Sabah ketika ini bukan lagi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) dan ianya 
dapat dilihat apabila puluhan ribu orang hadir setiap kali menyambut kehadiran 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, rakyat Sabah juga telah faham mengenai perjuangan Pakatan di mana
 ketakutan rakyat Sabah suatu ketika dulu adalah mengenai kepimpinan Anwar 
sendiri yang dipertikaikan oleh BN dan dakwaan salah laku serta peribadi beliau.
"Nampaknya kebangkitan rakyat sudah pun meningkat...setelah kita buat kajian 
secara terperinci, apa yg dilalui oleh Anwar itu adalah satu konspirasi oleh Umno.

"Kenapa dakwaan liwat sahaja yg boleh dikenakan kepada Anwar? Tidak ada dakwaan
lain seperti rasuah dan kes-kes lain.
"Jadi ini adalah merupakan satu yang agak ganjil pada pendapat kita," jelas beliau lagi..
Tambah Lajim, jika pemimpin PAS yang majoritinya adalah ulama tidak mengesyaki 
sesuatu mengenai Anwar, mengapa kita sebagai rakyat harus mendengar mitos 
Umno yang telah mengeluarkan pelbagai skandal.

"Nampaknya rakyat memahami semua ini di mana ini adalah konspirasi 
politik yang ingin menjatuhkn imej dan karier politik Anwar," kata beliau.
Selain itu, Lajim turut menyifatkan krisis pencerobohan di Lahad Datu sebagai 
satu kelebihan kepada Pakatan kerana ianya jelas menunjukkan kerajaan yang 
sedia ada gagal menjaga keselamatan dan perairan negara.

"Tentera polis dan pihak keselamatan cukup siap siaga dengan senjata yang 
canggih dan mempunyai radar yang mampu mengesan musuh atau apa-apa 
perkara yang diragui dalam 100 kilometer.

"Mereka membawa senapang, sudah tentu ianya boleh dikesan oleh radar," 
tegas beliau.
Beliau turut mengulangi gesaan Pakatan supaya mengadakan sidang khas
 Parlimen sebelum dibubarkan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan 
Diraja untuk membuktikan siapa dalang yang terlibat dalam krisis itu.

"Isu ini tidak boleh dipolitikkan kerana ini adalah isu keamanan dan 
keselamatan. Kita tidak mahu walau seinci tanah di Sabah itu diambil orang lain," kata beliau.
Posted by al-brangi Online at 12:01 PM
Undilah Pas Sabah

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena