Sunday, 31 March 2013

ASPAN ALIAS Menulis: Politik Baharu Perpaduan Nasional


Ahad, 31 Mac 2013
ASPAN ALIAS Menulis
Wujudkan 'facet' politik baru untuk perpaduan nasional yang kekal
Sejak lama dulu saya tidak pernah gagal untuk mengingatkan semua dalam tulisan saya yang UMNO sudah hilang punca dan tidak mungkin dapat mengenali perjuangannya lagi. Puluhan kali saya nyatakan yang UMNO sudah hilang segala-galanya, dari rupanya, ‘form’nya dan perjuangannya. Justeru parti itu tidak akan lagi relevan untuk dijadikan sandaran rakyat untuk masa depan semua. Yang lebih dari itu UMNO sudah hilang identitinya, maka sekaligus UMNO sudah tidak ada lagi ‘legitimacy’ untuk memimpin apa-apa pun.
Semasa saya mula-mula menulis tentang isu ini berbagai ancaman yang saya terima dari entah siapa dalam blog saya ini membidas dan melemparkan berbagai bagai tuduhan peribadi terhadap saya. Tetapi keyakinan diri saya terhadap kebenaran apa yang saya katakan membuatkan saya bertambah kuat untuk bertahan kerana saya percaya apa yang saya katakan semasa itu akan sampai bukti kebenarannya. Saya hanya mendengar nasihat dari beberapa orang sahabat yang rapat secara peribadi dan kesemuanya meminta saya melihat ke dalam dan lakukan introspeksi diri secara intensif.

Kesemua di antara sahabat-sahabat saya telah menasihatkan saya, jika saya kekalkan kebersihan dalam pemikiran (purity of mind), secara ‘natural’ perjuangan untuk menyaksikan perubahan itu akan terkabul juga akhirnya.
Saya selalu menyatakan dengan jelas yang UMNO tidak akan kekal lama kerana parti itu sudah hilang arah perjuangannya. Arah tuju perjuangan parti itu sudah jauh tersasar dan sekarang tiada seorang pun dalam kepimpinan di peringkat Majlis Tertinggi parti itu memahami apa yang sepatutnya dilakukan oleh parti itu sekarang. UMNO tidak mampu berubah. Pimpinan UMNO bukan tidak mahu untuk berubah tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak diubah kerana kefakiran jiwa perjuangan mereka.

Bukti yang terakhir kita saksikan ialah kegagalan kerajaan untuk membubarkan Parlimen yang sudah sampai ke penghujungnya. Jawapan kepada soalan kenapa UMNO tidak membubarkan Parlimen itu, ialah kerana mereka tidak berkeyakinan untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang ini. Dalam masa yang sama mereka tidak mahu mengalami kekalahan. Kenapa UMNO boleh tidak dapat menerima hakikat menang kalah dalam sesebuah demokrasi itu adalah perkara biasa?
Selemah-lemah parti pemerintah dalam mana-mana demokrasi akan mampu untuk menentukan tarikh pilihanraya umumnya. Australia telah membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya umumnya pada 14hb Ogos nanti dan pengumunan ini telah dibuat oleh Perdana Menterinya sebulan yang lepas. Mereka di sana akan mengadakan pilihanraya samada mereka menang atau kalah. Itu demokrasi.

Sememangnya itulah cara yang betul. Memberikan tarikh mengundi itu berbulan-bulan sebelumnya itu akan mengelakkan daripada rakyat tertunggu-tunggu dan meneruskan spekulasi yang tidak sihat. Di sini menentukan tarikh mengundi itu dijadikan sebagai kaedah menunjukkan betapa berkuasanya Perdana Menteri kita. Perdana Menteri kita beranggapan yang kuasa menentukan tarikh pilihanraya oleh Perdana Menteri itu dijadikan modal untuk Perdana Menteri itu mempunyai ‘privilege’ untuk membuatkan rakyat tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu dan keliru.
Akhirnya permainan Perdana Menteri ini telah memakan tuan dan sekarang rakyat ‘conclusive’ dengan anggapan yang UMNO sudah terlalu takut untuk memberikan rakyat membuat pilihan. Itu sebabnya UMNO kian hari kian lemah kerana apabila terasa oleh rakyat ramai yang UMNO itu takut mengalami kekalahan.

Politik ini adalah ‘game of perceptions’ dan apabila persepsi rakyat terhadap UMNO itu buruk, maka rakyat tidak teragak-agak untuk menarik kembali sokongan yang telah mereka berikan selama ini. Jika UMNO sendiri tidak mempunyai keyakinan diri, masakan rakyat boleh mengekalkan keyakinan terhadap UMNO itu? Rakyat tidak akan berani untuk berlindung di belakang parti dan pemimpinnya yang penakut.

Saya selalu berangankan negara ini memulakan politik dan siasah yang baru bagi mencapai ‘national unity’ kerana itu merupakan ‘ultimate’ bagi sebuah negara yang serius untuk kekal sebagai negara yang aman dan damai.
Carilah seorang yang berpengalaman untuk memulakan rundingan di antara pemimpin yang mewakili semua pihak dan wujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dari elemen yang kotor seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Carilah ‘Mendela’ Malaysia yang tidak ada apa-apa agenda untuk dirinya sendiri selain daripada agenda negara. Kita benar-benar memerlukan negara kita berada dalam kelompok negara yang betul-betul wujud di atas kehendak pencapaian ‘ultimate’ tadi, iaitu perpaduan national (national unity) yang berkekalan.
Posted by Aspan Alias at 12:08


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena