Thursday, 21 March 2013

DEMOKRASI BERPARLIMEN: PRU13 Pada Tahun 2013, Bubar Parlimen Juga 2013 - OK?

Jumaat, 22 Mac 2013
Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXXXX
Tuesday, September 4, 2012
Kalau tengok pada kulit ketiga-tiga individu dalam gambar ni memang lengkap ciri-ciri melayunya. 
Tak tahulah pula kalau mereka ini orang seberang atau dari Sabah dan Sarawak.
Tapi yang pasti mereka bukan orang PAS.
Orang PAS takkan pakai baju umno bro, geli siap gatal kulit lagiiii.
Kahkahkah!
Gendang Perang
Pemuda PAS Pulak Beli Nombor Ekor
Wednesday, September 5, 2012
Susulan gambar pemuda melayu yang memakai baju umno membeli nombor ekor disiarkan oleh beberapa blogger termasuk wasukalu dalam entry yang bertajuk Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXX , blogger pro umno membuat fitnah baru dengan mengedit gambar tersebut. Pemuda yang berbaju merah berlambang umno bertukar kepada pemuda berbaju hijau berlambang PAS. Namun pilihan warna baju yang tidak tepat membuatkan gambar tersebut boleh dinilai sebagai palsu dengan mudah.
Memang dahsyat diorang ni. Sedikit pun tidak rasa berdosa. Menyebarkan gambar palsu. Apa yang mereka tahu hanya memutarbelitkan fakta. Ini isu kecik. Isu-isu besar pun serupa juga depa dok pusing line sana sini. Kesian kat mereka yang dah hilang nilai agama kerana mempertahankan kemungkaran rakan-rakan mereka. Hanya kerana umno.

Menipu dan memutar belit fakta sudah jadi nasi bagi mereka. Terbiasa sangat. Sampai tidak terasa diri berbuat dosa kerana menipu ramai orang. Org politik menipu dapat duit, hidup senang lenang di dunia. Tetapi malang pencacai menipu untuk membela parti. Habuk pun tarakkk! Hukuman tuhan di alam barzah, padang mahsyar dan neraka sedia menanti. Janji Allah adalah pasti. Semoga dibukakan hati untuk bertaubat.

Ingatlah wahai sahabat blogger pihak umno bn, ruginya berbuat dosa tanpa keuntungan duniawi kerana orang politik menipu untuk hidup mewah di muka bumi. Di akhirat mereka rugi. Kalian yang menipu tanpa hasil duniawi mendapat rugi di dunia dan akhirat. Fikir-fikirkan lah.
Gendang Perang.
Jangan tutup mata dengan samseng politik pro-Umno



KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat melahirkan kebimbangan dengan suasana politik samseng yang semakin menular muktahir ini, lebih-lebih lagi ketika lebih ramai calon wanita dari sayap itu diketengahkan pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Kebimbangan tersebut bertitik tolak dari beberapa siri keganasan dan tindakan samseng sesetengah pihak ke atas majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat, khususnya.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, lebih membimbangkan apabila pihak berkuasa seolah-olah menutup mata dalam menangani tindakan samseng tersebut, malah mengambil tindakan sebaliknya jika membabitkan kumpulan Pakatan Rakyat.

"Kita tahu, banyak program Pakatan Rakyat yang cuba diganggu oleh kumpulan yang pro-Umno, namun selalunya pihak polis tidak bertindak proaktif bagi menghalang mereka, sebaliknya meminta pihak kita untuk menghentikan program penerangan konon atas tujuan keselamatan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sambil mengulangi kebimbangan terhadap keselamatan calon wanita, Dr. Mariah mengharapkan pihak berkuasa memberikan jaminan tentang tahap keselamatan semua pihak, lebih-lebih lagi ketika kempen pilihan raya yang selalunya hangat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, memberi amaran kepada mana-mana provokator agar tidak cuba mengganggu program dan siri penerangan yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Selain mengingatkan akan mengheret mereka ke muka pengadilan, Athirah berkata pihaknya bersedia untuk mengumpul dan mengemukakan bukti kukuh bagi tujuan tersebut.

"Memang kita bimbang dengan budaya samseng itu, tapi kami juga ingatkan bahawa kami memerhatikan anda. Jangan sesekali cuba untuk mengganggu kami, jika tidak kami tidak akan berkompromi dalam hal tersebut," kata beliau.

Tambah Athirah, Pakatan Rakyat terpaksa mengadakan siri penerangan kepada rakyat memandangkan tiada sebarang akses secara adil kepada media diberikan kepada gabungan parti itu.

Sebaliknya, beliau beranggapan Barisan Nasional tidak perlu mengadakan siri penerangan memandangkan mereka mempunyai akses 24 jam ke atas media arus perdana.

"Untuk apa mereka berceramah, sedangkan mereka mempunyai akses kepada media? Tidak lain tidak bukan, mereka sengaja mengganggu majlis kita bagi tujuan menghalang kita menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di kawasan kampung," tegas beliau.

Dalam pada itu, bagi memastikan keselamatan calon-calon wanita berada di dalam kondisi yang lebih baik, Muslimat PAS terpaksa melangkah lebih proaktif melalui penubuhan Bridged Muslimat, yang mengkhususkan kepada aspek keselamatan.

"Insya Allah, setiap calon wanita akan diiringi dengan bridged ini yang terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai latar belakang pelbagai berkaitan seni mempertahankan diri.  Namun, dalam masa sama kami juga berharap pihak polis turut memainkan peranan yang lebih profesional demi kepentingan rakyat, dan bukannya hanya tertumpu kepada pihak tertentu semata-mata," tegas Athirah lagi.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena