Saturday 23 March 2013

Subhanaullah!! Kos Elektrik Rumah Najib Dan Muhyiddin Ialah RM1,118 Sejam..

Sabtu, 23 Mac 2013
Subhanaullah!! Kos Elektrik Rumah Najib Dan Muhyiddin Ialah RM1,118 Sejam..
Posted by Addin Deen at 3/23/2013
KUALA LUMPUR 22 MAC: Kempen Earth Hour sangat signifikan untuk menyedarkan Datuk Seri Najib Razak tentang kepentingan penjimatan elektrik berikutan pembaziran kos yang melampau sebanyak RM1,188 sejam untuk rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. 

Lebih memeranjatkan, menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah tersebut dibahagikan dengan RM10,267,868.15 (10 juta) untuk setahun. 

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, sebagai pemimpin, Najib perlu meneliti kos penggunaan sumber harian dan mengambil kira faktor penjimatan, bukan berbelanja sewenang-wenangnya untuk membayar utiliti. 

“Najib dah melampau, dia patut ada penasihat khas untuk ajar mengenai kaedah penjimatan. Bayangkan dalam masa sejam, berapa banyak duit rakyat dapat dijimatkkan, bandingkan pula dengan kos elektrik rumah PM dan TPM,” katanya ketika dihubungi. 

Earth Hour adalah kempen penjimatan elektrik seluruh dunia dengan matlamat memberi kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjimatan elektrik, dimulakan sejak 2007 dan dilaksanakan setiap tahun. 

Kempen itu yang bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam esok di seluruh negara akan digerakkan di seluruh dunia. 

Lebih 135 negara dijangka menyertai kempen dan akan bergelap selama sejam dalam misi menjimatkan sumber tenaga dunia dan kos pengguna. 

Yahya berkata, perkara yang sering dilihat remeh ini sebenarnya cukup menentukan tahap mentaliti seorang pemimpin. 

“Dia (Najib) suruh rakyat jimat elektrik sedangkan bil rumah dia melambung. Itu tak masuk lagi pejabat rasmi, semua yang dibayar menggunakan wang negara. Patutnya, dia perlu teliti dan amanah. 

“Sebelum mencanang transformasi ekonomi negara kepada rakyat, Najib perlu transformasikan perbelanjaan dirinya dan keluarga,” sinis Yahya. 

Menyambut baik kempen tersebut, Yahya berkata, misi penjimatan sumber anjuran Tabung Alam Sedunia (WWF) itu selari langkah penjimatan yang cuba dipraktikkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat. 

Menurut Yahya, dinyatakan salah satu sumber pendapatan kewangan untuk melaksanakan manifesto adalah melalui kaedah penjimatan. 

Kempen ini katanya menunjukkan kaedah penjimatan turut digunapakai seluruh dunia. 

“Kalau WWF yakin sejam penjimatan boleh bantu selamatkan dunia, maknanya kaedah penjimatan seperti dicadang Pakatan Rakyat dalam manifesto lebih dari cukup untuk selamatkan negara,” jelas Yahya. 

Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, Putrajaya dan disewa kerajaan Malaysia. 

Turut didedah sebelum ini, kos selenggara kediaman mereka itu menelan belanja RM50 juta setahun. ~keadilandaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena