Wednesday 20 March 2013

*Hit Video In Sabah - Kali Ni HABISSS UMNO!

Rabu, 20 Mac 2013
lagu bakal hit tahun 2013 - ini kali lah
AHMAD LUTFI OTHMAN sempat berbicara dengan penganalisis politik Sabah, Musli Oli, 52, yang juga Penolong Ketua Penerangan KeADILan, Sabah. Lulusan ekonomi yang banyak menulis buku-buku politik ini merupakan bekas Presiden Mahasiswa Sabah Universiti Malaya, awal tahun 80-an.

Jangkaan saudara kemenangan Pakatan..

Saya meramalkan daripada 14 kerusi Parlimen diwakili Umno, lima hingga tujuh boleh dimenangi Pakatan, antaranya Kota Belud, Kudat dan Kimanis.

Kerusi Parlimen yang sebelum ini diwakili LDP (1), SAPP (2) akan ditawan Pakatan di samping mengekalkan Kota Kinabalu.

Keseluruhannya, lima kawasan KDM, lima kerusi Melayu dan empat kerusi Cina, semuanya 14 akan jatuh kepada Pakatan. Namun, saya kira BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri kerana fokus rakyat Sabah lebih kepada menawan Putrajaya.

Dalam PRU13 nanti, Umno- BN cukup mengharapkan Sabah dan Sarawak menjadi benteng terakhirnya. Tetapi dari tanggapan saudara itu, maknanya, Sabah bukan lagi “simpanan tetap” BN?

Istilah “simpanan tetap” adalah istilah Dato’ Seri Najib Razak sewaktu berucap di Tuaran, Sabah pada 2008, beberapa bulan selepas PRU12.

Rakyat Sabah hari ini mempersenda istilah itu dengan kata-kata seperti “jika ada bank yang tawarkan interest 20 peratus, buat apa simpan di bank yang bayar interest lima peratus”!

Lanskap politik Sabah berubah setelah PRU12, apatah lagi selepas melihat keputusan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak, April 2011.

Apa sebenarnya isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah?

Isu pokok ialah Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak dihormati kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN! Begitu juga isu tanah adat dan tanah warisan. Di Sabah setakat ini 485 kes pending di mahkamah berhubung tindakan syarikat-syarikat yang merampas tanah rakyat.

Begitu juga isu royalti minyak.

Dua pemimpin Sabah terkorban kerana isu ini. Seorang korban jawatan, Tun Mustapha yang ditentang Tun Razak kerana meminta royalti lebih daripada 5 peratus dan Tun Fuad terkorban nyawa pada 6 Jun 1976 kerana enggan tanda tangan perjanjian dengan Petronas yang beri 5 peratus royalti.

Isu lain ialah kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Janji KLmemujuk rakyat Sabah menyertai gagasan Malaysia ialah melindungi Sabah daripada Filipina dan Indonesia ternyata tidak benar. Sebaliknya KL membiarkan Sabah dimasuki secara bebas dan Umno terlibat memberi kad pengenalan dan kerakyatan kepada mereka.

Selain itu, isu kemiskinan dan kemudahan infrastruktur yang daif. Pada tahun lalu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebajikan Persekutuan, Asri Aziz dalam majlis “sedetik dengan media” menyatakan 68 peratus rakyat Sabah masih hidup di bawah paras garis kemiskinan.

Jika di Sarawak, Ketua Menteri, Taib Mahmud yang mentadbir lebih 30 tahun dianggap membebankan BN di negeri itu, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman? Sepanjang saya berada di sini, ramai bercakap tentang banyak projek pembangunan dikaitkan dengannya.

Seperti Harris Salleh yang tumbang dengan Berjaya pada 1985, Musa Aman tidak mewakili kaum majoriti pribumi Sabah iaitu kaum KDM dan kaum Bajau. Musa terlalu fokus untuk memperkaya kaum keluarga dan kroninya.

Isu pengambilan tanah rakyat didalangi Musa Aman kerana kuasa meluluskan tanah adalah hak mutlak Ketua Menteri Sabah.
MalaysiaDaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena