Monday 25 March 2013

Azzali Abdul Aziz Nak Pijak Sampai Lumat & Pencinta Muzik Nak Bunuh Yasin MOHON MAAF..

Selasa, 26 Ma 213
Individu Ugut Bunuh Mohon Maaf Kepada Yasin
yassin 3
March 5, 2013 oleh Kaki Muvie Ellaz
Di dalam kategori
Leave a comment
yassin 3

Individu Ugut Bunuh Mohon Maaf Kepada Yasin
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Selasa Mac 26, 2013

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap komen ugutan bunuh dan fitnah yang diterimanya menerusi YouTube sebelum ini sudah selesai apabila individu tersebut telah memohon maaf kepadanya menerusi ruangan komen laman itu.
Yasin, 39, berkata, dia telah pun memaafkan kedua-dua individu tersebut dan menganggap mereka tidak faham maklumat sebenar yang ingin disampaikannya menerusi lagu Reformasi yang dimuat naik ke YouTube.
"Saya tidak mahu memanjangkan isu itu apabila individu tersebut telah pun memohon maaf di ruang komen lagu tersebut di YouTube dan saya telah pun memaafkan mereka.
"Mereka mungkin tidak faham tentang maklumat sebenar yang ingin saya sampaikan sehingga menyebabkan mereka bertindak melulu mengugut saya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula berkata, Yasin patut dibunuh.
Dalam pada itu, Yasin berkata, dia juga telah membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu dan berharap kedua-dua individu berkenaan sedar akan kesilapan mereka sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Yasin dia baharu sahaja melancarkan sebuah ‘single’ bersama penyanyi Faizal Tahir berjudul Berani selain melakukan kolaborasi dengan Maya Karin dalam lagu Demi Masa Ini

Posted by mountdweller at 1:45 AM  
Labels: Artis, Jenayah, Politik

ANAK MUDA BANGKIT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena