Monday, 18 March 2013

Pakatan Rakyat: DAP Ngomong Jowo! Entek Amno! Entek Najib!...(DAP Cakap Jawa! Habis Umno! Habis Najib!)


Selasa, 19 Mac,2013
Cino DAP Speech in Jawa

PAS Johor sumbang 10 kerusi tawan Nusajaya

KUALA LUMPUR: PAS Johor bersedia menyumbangkan lebih 10 kerusi Dun bagi membantu Pakatan Rakyat menawan Nusajaya pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Malah, PAS Johor juga bersiap-siaga menghadapi pilihan raya biarpun teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum masih belum terjawab.
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad, berkata Johor sebagai negeri terawal yang akan terbubar secara automatik jika Perdana Menteri terus mendiamkan diri mengenai tarikh pembubaran parlimen.

"Dun Johor akan terbubar pada 21 Mac ini.  Johor ini negeri terawal yang akan terbubar. Namun, kita harapkan tak perlu tunggu terbubar sendiri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Justeru, beliau berpandangan adalah wajar Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berbuat sesuatu bagi memujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera membubarkan parlimen.

Johor, yang dikatakan sebagai kubu kuat Umno itu, berjaya memecah tradisi apabila calon PAS, Dr. Ramli Kari pernah memenangi Dun Senggarang pada Pilihan raya Umum ke-11 lalu.

Manakala, pada Pilihan raya Umum ke-12 pula, PAS berjaya menawan dua kerusi Dun, iaitu Sg. Abong dan Maharani, masing-masing diwakili Dr. Sheikh Ibrahim Salleh dan Dr. Mohammad Taslim.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena