Jumaat, 22 Mac 2013
Ops Daulat secara keseluruhan gagal menentang penceroboh kerana tumpuan operasi terganggu dengan matlamat politik.
KUALA LUMPUR 13 MAC: Pasukan keselamatan negara gagal menyelesaikan konflik di Lahad Datu, Sabah dalam masa singkat ekoran campur tangan politik kerajaan BN, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Beliau menganggap Ops Daulat secara keseluruhan gagal menentang penceroboh kerana tumpuan operasi terganggu dengan matlamat politik.
“Terlalu banyak objektif politik, (contohnya) nak ‘tangkap’ Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu politik yang dibawa menyebabkan tentera tidak jelas dengan objektif operasi mereka.
“Jadi saya rasa (ia punca) operasi keselamatan ‘gagal sepenuhnya’ sejak hari pertama,” katanya pada Forum ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Beliau merujuk tuduhan media kawalan Umno BN mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan pencerobohan pengganas Sulu, di Sabah.
Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.
Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban dan 57 penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, Ghafir yakin isu keganasan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu tidak akan berpanjangan, sehingga menyebabkan pilihan raya umum ditangguh.
Katanya, sejumlah 200 pengganas Sulu tidak akan dapat menandingi kekuatan pasukan keselamatan negara.
“Ia tidak akan jadi operasi yang berpanjangan dan menjejaskan PRU.
“Pilihan raya patut diteruskan. Tiba masa itu, tentera dan polis sudah (berjaya) laksanakan misi mereka,” kata Ghafir.
Sambung beliau, tentera Malaysia berpotensi untuk menjadi pasukan keselamatan terbaik di di Asia Tenggara jika setiap peruntukan digunakan dengan telus.
“Saya dah cakap berulang kali mengenai peruntukan yang banyak hilang di tengah jalan. Kalau kita guna dengan efektif, kita boleh jadi tentera paling canggih di rantau ini.
“(Tetapi) saya tak nak ulas panjang. Anda boleh pergi ke Kementerian Pertahanan dan tanya Ketua Setiausaha sendiri,” sinisnya.
Forum anjuran Akademi Pak Sako itu dimudahcara Exco Pemuda KEADILAN, Dr Afif Bahardin.
Panelis lain terlibat adalah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47167
Krisis Lahad Datu: KEADILAN desak henti campur tangan politik
(Oleh Aedi Asri)
PETALING JAYA 8 MAC: KEADILAN hari ini mendesak kerajaan Umno BN menyerahkan segera operasi keselamatan di Lahad Datu, Sabah sepenuhnya kepada pasukan polis dan tentera.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, campur tangan politik menyebabkan anggota keselamatan lambat bertindak hingga menyebabkan lapan anggota polis terkorban.
Beliau merujuk pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kelewatannya membuat keputusan menggunakan khidmat tentera dalam operasi itu.
“Kenyataan beliau disiarkan TV3 semalam. Beliau sendiri akui tindakan ketenteraan hanya diambil selepas anggota keselamatan terkorban,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Rafizi berkata, tentera dan polis lebih arif membuat keputusan untuk menangani pihak yang mengancam keselamatan negara.
“Campur tangan politik menyebabkan kita ambil masa sebulan sebelum bertindak,” katanya.
“Sebab itu kita berpendapat wajar jika seluruh operasi keselamatan diserahkan kepada pimpinan polis dan tentera bagi mengelakkan berulangnya salah pertimbangan,” sambungnya.
Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.
Dalam sidang media sebelum ini, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat desakan sama.
Sejumlah 200 tentera Kesultanan Sulu menceroboh Lahad Datu pada 9 Februari lalu, namun tiada sebarang tindakan tegas diambil sehingga berlaku pertempuran pada 1 Mac dan menyebabkan kematian. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46778
Kerajaan kena minta maaf kepada rakyat, keluarga wira terkorban
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 13 MAC: Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
“Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari.
“Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah ‘bekerja’. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan),” tegasnya.
Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.
Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.
Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47217
SNIPER SULU WANITA
amRF info dari LVK/Kedahkini
0 comments:
Post a Comment