Friday, 29 March 2013

Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat Dalam Bahasa Arab, BERANI???

Jumaat, 29 Mac 2013
Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO
Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP. Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

 Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM/Kredit Omakkau/DCM. 
P/s: Ada berani???
Beranikah ulamak Umno berdebat 'hujah lawan hujah' dengan 'DAP-Islam' berkenaan?
N23 DUN MANJOI

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena