Selasa, 19 Mac, 2013
Internet Percuma 30 minit?
Pakatan Rakyat tawar Wifi percuma , PM umum setengah jam percuma internet .
2:59 PTG Idham Lim 7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketika PRU ke 13 semakin hampir pada hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian percuma setengah jam pertama perkhidmatan internet Telekom Malaysia (TM) kepada golongan miskin yang berada di dalam dan luar bandar.
Katanya, perincian mengenainya akan diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata demikian pada majlis Ramah Mesra PM bersama TM di ibu pejabat TM Bangsar di sini, sebentar tadi.
Tawaran ini jauh tertinggal kebelakang berbanding dengan tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia termasuklah menawarkan perkhidmatan wifi percuma diseluruh negara.
Nampaknya agak mustahil kalau pengunaan wifi hanyalah selama setengah jam sahaja untuk mengelakkan pembayaran, atau lagi tidak masuk akal kalaulah yang dianggap percuma adalah setengah jam pertama untuk bil setiap bulan.
Saya berminat untuk mendengar apakah perincian mengenai setengah jam percuma yang akan diumumkan Menteri Penerangan nanti.
Ini hujah Najib. Kita teliti dulu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhidmatan Internet percuma bagi setengah jam pertama kepada warga miskin di bandar dan luar bandar.
Katanya butiran lengkap mengenai perkara itu akan disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Berucap pada majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia (TM) bersama Perdana Menteri di sini, Najib turut mengumumkan hadiah sagu hati RM500 kepada warga syarikat itu.
Katanya bayaran sekali sahaja itu akan dibuat pihak pengurusan TM kepada petugas tetap, kontrak dan kakitangan yang dipinjam sebelum cuti persekolahan 25 Mac ini.
"Sumbangan ini jelas menunjukkan kemakmuran negara kita dikongsi bersama. Negara ditadbir baik, negara makmur, kita kongsi.
"TM diurus baik, TM berjaya, kita kongsi kejayaan dengan warga TM," katanya. - Bernama
2. Untuk orang miskin bandar dan luar bandar.
Baiklah.
Ini ialah pendapat aku pula.
1. Internet percuma hanya 30 minit. Apa yang kita harapkan dengan menggunakan internet sebanyak 30 minit dalam sebulan? Maaf aku tengah ketuk2 kepala sambil fikir apa motif perkara ini Najib buat.
2. Untuk dapatkan internet percuma = perlu langgan pakej internet, betul tak?
3. Pakej internet = fees + monthly payment. Betul kan?
4. This free internet, 30 minutes dedicated untuk mereka yang miskin, betul?
5. Then you think yang miskin akan grab internet or food?
Antara kemudahan internet dengan harga barang makanan, kemudahan pengangkutan, batalkan GST [at least bukan sekarang], rendahkan cukai kereta, kaji harga rumah, ini lebih dekat dengan rakyat sebenarnya.
You don't expect poor families akan langgan pakej internet semata2 nak grab free 30 minutes, betul tak? Seriously. You are not thinking like that kan Najib?
Okey fine bersyukurlah internet 30 minit percuma. Then so?
Yang miskin agak2 ada ke smartphone? Itu nak fikir lagi. Sure ke depa ada hp and surf internet? Aku survival der, survival untuk makan. Untuk bayar persekolahan anak2. Untuk bayar hutang. And smartphone with internet pakej? Aku rasa najib dah gila.
Ini agaknya orang2 miskin akan berkata kalau la, KALAU berita ini sampai kepada mereka. Kalau dah namanya MISKIN, kadang2 TV pun takde. Nak beli paper jangan la HADAP. And 30 minit internet percuma? Hah. PIEM AKU tue. PIEM kita semua.
As you stated they are from poor families kan. Jadi sesungguhnya kemudahan ini tidak TALLY ataupun TIDAK AKAN SAMPAI kepada golongan sasaran.
Apa yang najib patut buat ialah rendahkan pakej langganan internet. Pakej internet di malaysia mahal. Kelajuan tidak SETIMPAL dengan nilai yang di TAWARKAN.
Yang ini ko buatla. At least dapat juga kita berjimat 50 - 60 sebulan.
Dengan penjimatkan 50 - 60 kita boleh salurkan untuk bayar benda lain. Or buat simpanan.
Kadang2 aku heran. Aku bukan nak sangat kondem BN. Bukan nak sangat kondem najib. Tidak la kerja aku asal celik mata hahhhhh aku nak kondem najib. Aku nak kondem bn. Noo.
Tapi BN dan Najib itu sendiri suka sangat buat kerja2 yang aku rasa haizhhhh apa benda yang perdana menteri aku merepekkan ini hahhh?
Aku nak sayang kat piem aku. Nak juga bersangka baik. Nak juga sokong. Tapi biarlah piem itu sendiri lakukan sesuatu yang mendekati dengan keperluan masyarakat. Jangan dok pongpang2 kenapa kami membantah la. Cuba korang sendiri semak dulu. Semak idea2 yang NAJIB DAN BN sendiri promote. Taknak bantah pun tak boleh.
Kita orang PEMBANGKANG sudah sampai di hujung curam. Samada terjun sungai atau mampos kena bunuh. Menyokong idea ini terasa nya BODOH sangat. Tak menyokong, bantah pula, pun kena tembak bertubi2.
Menyokong salah. Tak menyokong pun salah. BN la yang memaksa kami tersepit. Bukan kerana kami suka membantah. Kami diseru untuk membantah, faham tak? Oke bai.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/03/internet-percuma-30-minit-pertama-untuk.html#ixzz2NueKBsNx
N23 DUN MANJOI
0 comments:
Post a Comment