Saturday 18 May 2019

'Ugut kakitangan Yapeim jangan undi PH' Wajidi awal-awal larikan diri? Mana mungkin membela ular didalam reban ayam! Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim [Video YaPEIM总监疑威胁员工 若投选希盟将丢失饭碗]

Ahad, 19 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Wajidi awal-awal larikan diri. Dulu kamu tu timb. Menteri agama. Rasa-rasa terancam tak Islam bila mana Timb Menteri Agama duit anak yatim di joli?
Pakatan Harapan Supporters
Ini adalah penyokong tegar UMNO/BN yg merupakan musuh politik kpd parti Kerajaan yg memerintah skg. Sbg bukti, videonya yg secara terang2an mngarahkan kakitangan beliau agar memberi undi kpd BN pd pru lps sdg tular di media sosial. Mana mungkin membela ular didalam reban ayam...!
Tumpang sekole
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Antara ucapan ugutan beliau.. "Saya akan periksa semua staff Yapeim dgn SPR satu persatu di mana anda mengundi dan mengundi apa. Jika anda undi PH, anda tidak layak di Yapeim. Pergilah cari kerja dgn DAP." Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim

Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perkara itu selari dengan amalan kerajaan Pakatan Harapan yang meletakkan tanggungjawab mentadbir kepada anggota lembaga pengarah sesuatu agensi.
"Saya percaya mereka akan mengambil tindakan sewajarnya dan yakin akan ada kenyataan daripada pengerusi anggota lembaga pengarah Yapeim (berhubung perkara ini)," katanya.
Fuziah ditemui selepas menghadiri Program Sepakat@Komuniti Ramadan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Pahang bagi meraikan 28 kanak-kanak dari Rumah Permata Al-Insyirah di Kompleks Dagangan Mahkota di Kuantan, hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media berhubung tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis hari ini, berhubung penularan video seorang lelaki didakwa kononnya Abibullah mempengaruhi kakitangan Yapeim pada pilihan raya umum lepas.
Fuziah yang juga anggota parlimen Kuantan sekali lagi menegaskan kerajaan hari ini tidak melakukan politik balas dendam terhadap Abibullah atas perbuatan lepas kerana tindakan sedemikian disifatkan sebagai tidak profesional dan tidak adil.
Katanya, apa yang penting adalah kerajaan menilai prestasi kerja dan tahap profesionalisme individu itu di pejabat selain Abibullah juga menyedari bahawa beliau kini perlu bekerja mengikut dasar kerajaan yang memerintah.
"Jika wujud unsur ugutan kepada pihak pekerja sebelum pilihan raya, mereka boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa. Itu adalah hak pekerja dan bukan dalam bidang tugas saya," katanya.
Pada perkembangan lain, Fuziah memaklumkan bahawa pejabat Parlimen Kuantan telah memperuntukkan lebih RM100,000 untuk melaksanakan program Semarak Kasih Ramadan di masjid dan surau selain program bantuan kepada golongan asnaf pada tahun ini.
-Bernama

4 comments:

nick said...

Ni lah kerje kerajaan PH. Suka bela parasit2 dan makhluk2 perosak (pests) atas alasan "propesional" dan lurus. Tak nak amik penyokong2 dan pendokong2 PH atas alasan takde kemahiran dan pengalaman. Tang tu aku setuju! Memang penyokong2 dan pendokong2 PH TAKDE kemahiran dan pengalaman ...dalam mencuri, merasuah, mensabotaj dan memfitnah kerajaan PH. Kerajaan PH mesti cepat sedar bahawa musuh2 yang mengaku dah "tobat" tu belum tentu boleh di pakai dan penyokong2 PH yang takde kemahiran dan pengalaman akan selamanya kekal tak berkemahiran dan tak berpengalaman jika tak diberi peluang dan tak diberi ruang. Jangan jadi Mr Bean lah! Lurus itu elok tapi bila lurus bendul, itu bongok!

Nick.
Cape Tiger.

Unknown said...

lantik je mamat tu jadi ceo@mudir mana mana sekolah anak yatim yg paling bermasalah dengan prestasi kerja tahap dewa sampai layak dapat bonus 400k mamat tu sudah tentu akan berjaya menjulang nama sekolah anak yatim ke tahap antarabangsa

Lone ranger pomen said...

Niat dihati, jika bn kekal abadi, bleh la terus membodek agar dpt imbuhan lebuh dari biase. Tapi apekan daya. Kata org, kerana mulut badan binasa. Kerana mulut, telah dilihat hina dimata org. Terus juga telan ape yg dap hulur utk makan anak bini. Dasar manusia takde maruah dan pendirian. Bawah songkok tinggi dia bukan ade otak pun. Yg ade nafsu camnw nak korek lagi duit. Buat malu melayu islam je. Ingat dgn 1 ribu undi tu bn boleh terus berkuase ke.

Hood said...

Jgn marah kalo kmi dh boring dgn sikap PH

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena