Friday, 17 May 2019

Jangan Simpan Biawak Hidup "Kalau undi PH, pergilah cari kerja dengan DAP!" YaPEIM总监疑威胁员工 若投选希盟将丢失饭碗 & KP Yapeim rasuah? ORANG KUAT YAPEIM wajar letak jawatan segera [Video AKHIRNYA YAPEIM MENGAKU ADA SALAHLAKU & RM1 juta wang anak yatim (Yapiem) bayar yuran peguam pembantu Najib?]

Jumaat, 17 Mei 2019
Jom Channel
Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata dapatan berkenaan diperolehi daripada pemantauan serta interaksi pihak pengurusan sejak November lepas dan laporan audit firma PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dilantik pada Disember 2018 bagi membuat semakan tadbir urus perolehan dan perbelanjaan. "Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM berasa bimbang dengan semua dapatan ini tetapi amat gembira dapat menyelesaikan urusan penelitian ini sebaik mungkin mengikut piawaian profesionalisme yang tinggi dengan kerjasama firma PwC.” "Berhubung dengan isu-isu dibangkitkan media seperti bonus tinggi yang dinikmati oleh pengurusan kanan, isu bayaran guaman, dakwaan kerugian Ar-Rahnu dan isu-isu lain, dimaklumkan bahawa semua isu itu adalah isu lama di bawah Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM yang lepas.” "Sejak November 2018, pihak lembaga yayasan yang baharu telah meneliti kesemua hal berkaitan dan telah mengambil tindakan sewajarnya" katanya kepada media, lapor Bernama.

YaPEIM总监疑威胁员工 若投选希盟将丢失饭碗

Kalau undi PH, pergilah cari kerja dengan DAP 
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan teks
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap ketua pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), susulan klip video menunjukkan beliau memberi amaran kepada kakitangannya tidak mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum tahun lalu.
FMT May 16, 2019
Imej mungkin mengandungi: teks

Otai BERSIH
ORANG KUAT YAPEIM INI WAJAR LETAK JAWATAN SEGERA!
Kalau dia anak jantan, ada prinsip, maruah dan moral, dia kena letak jawatan sekarang kerana sebelum PRU14 yg lalu, dia selaku orang kuat di YAPEIM mengugut anak2 buahnya agar jgn mengundi PH, dia akan siasat setiap undi kakitangannya. Kalau mahu undi PH, sila bekerja dengan Dap, katanya.
Aku sebelum ini ada menulis bahawa kerajaan PH wajib mengeluarkan dia atas sebab tingkah lakunya yang menyalahi tata etika seorang pegawai kerajaan yg memaksa kakitangannya untuk mengundi mengikut kehendaknya.
Namun, aku difahamkan pihak kerajaan sekarang sedang melaksanakan audit terhadap YPEIM, tentunya kerajaan lebih fokus kepada isu yg melibatkan kepentingan ramai. Seandainya di dalam audit itu nanti, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kegagalan atau salahguna mahupun penyelewengan YPEIM, maka aku harap pegawai yang tidak bermorall seperti beliau ini disingkirkan. Lebih baik fokus kepada audit terlebih dahulu sebelum kita fokus kpd perangai peribadi dia seorang. Semoga kerajaan juga siasat tingkah lakunya sebelum ini samada beliau telah melanggar tata etika sebagai pegawai kerajaan.
AKHIRNYA YAPEIM MENGAKU ADA SALAHLAKU
(DANA ANAK YATIM YAPEIM DIGUNAKAN UNTUK YURAN GUAMAN NAJIB?)

RM1 juta wang anak yatim bayar yuran peguam pembantu Najib?

BANGI, 6 Ramadan 1440H, Sabtu – RM1 juta dana bertujuan membantu anak yatim, didakwa telah disalah guna untuk membayar yuran guaman pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2017, lapor portal.
The Malaysian Insight hari ini melaporkan, dana berkenaan membabitkan wang yang diamanahkan kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).
“Menurut nota perbincangan tentang perbelanjaan kewangan Yapeim, wang itu disalurkan untuk membayar yuran guaman kepada peguam, yang merupakan penasihat kepada mantan perdana menteri Najib, serta pengarah Yapeim pada tahun 2017,” lapor portal itu.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks
Pakatan Harapan Supporters 
ISU YAPEIM: PENGARAH TERIMA BONUS RM400,000, ANAK YATIM DIBERI RM120 SEORANG
Nampak luar biasa apabila malaysiainsight melaporkan prestasi kewangan Yayasan Pembangunan Islam merudum, kerana bayaran bonus dan pelbagai insentif kepada ketua pengarah dan pengarah kanan yapeim.
Ketua Bahagian Perundangan Yapeim Adawiyah Abdul Samad menyatakan bonus dan inisiatif tinggi sememang ditetapkan dalan skim perkhidmatan.
Ketua Pengarah menerima bonus RM400,000 manakal a pegawai kanannya menerima RM250,000, yang dianggarkan kira-kira 10 bulan gaji.
Bonus dan inisiatif tinggi tapi kedudukan kewangan yapeim merudum, bermakna sudah ada sesuatu yang seperti tidak kena.
Adakah betul telah dinyatakan dalam skim perkhidmatan bonus ketua pengarah dan pengarah kanan sehingga 10 bulan? Bukankah pemberian bonus atau insentif bergantung kepada kewangan yayasan?
Ada staf yapeim mengadu hanya menerima bonus setengah bulan gaji, ada yang menerima sebulan gaji sedangkan gaji bulanannya hanya RM1500.
Pengarah Kanan boleh pula mendapat 10 bulan yang gaji bulanannya RM25,000 - RM35,000.
Ketua Pengarah boleh pula dapat gaji dan elaun sehingga RM70,000 sebulan, dan bonus pula RM400,000 sebulan.
Adakah ini dasar Yayasan pembangunan ekonomi islam dan telah ditetapkan oleh yapeim?
Ironisnya apabila anak-anak yatim dalam bulan ramadan diberi sumbangan hanya RM120 seorang.
Tidak pelik kewangan yapeim merudum seperti dilaporkan malaysiainsight.
Dimanakah dan apakah peranan Lembaga Pengarah...? Hanya tunggu elaun lumayan sahaja?

1 comments:

nick said...

Bangkai2 bernyawa yang dok menyeleweng dan merompak dana umat Islam yang miskin ni mesti di siasat dan jika sabit, mesti dihukum penjara kerana jenayah kolar putih! Jangan ada kes senyap dan lindung! Jika mereka bertaubat, itu elok tetapi penyelewengan dan salah guna kuasa adalah jenayah dan segala jenis jenayah mesti di hukum! No forgiveness without punishment! Taubat itu utk akhirat tetapi di dunia, jenayah mesti di hukum!

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena