Tuesday 21 May 2019

'PH Setahun Jagung' telah berjaya membawa penjenayah kleptokrasi ke muka pengadilan & 51 kebajikan rakyat setahun mentadbir..Senarai panjang UMNO curi duit rakyat beli barang kemas RM1003 juta! [Video UMNO curi bermati-matian, PAS sokong bermati-matian]

Rabu, 22 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 23 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Pakatan Harapan Supporters
Kebajikan Rakyat Setahun Mentadbir..

Selain daripada berjaya membawa penjenayah kleptokrasi ke muka pengadilan Pakatan Harapan juga telah berjaya mereformasikan berbagai agensi2 penguat kuasaan seperti kehakiman, sprm, kepolisian, angkatan tentera dan pelbagai lagi agensi. Juga menstruktur kembali institusi-institusi yang bermasalah seperti Felda yang menangung hutang sebanyak 8 bilion, Tabung Haji yang mengalami defisit sebanyak 4 bilion. Pembayaran subsidi minyak kepada Terengganu juga telah diberikan kembali. Projek-projek berkapisiti besar seperti ECRL, MRT3 juga telah dikaji semula dan telah mendapat penjimatan berkali-kali ganda. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan juga diwajibkan mengistiharkan harta kepada SPRM.Itu semua telah kita maklum. tapi malam ni admin nak kongsikan banyak perkara yang mungkin kita telah maklum tapi sengaja dibutakan oleh pembangkang. Mungkin agak panjang tetapi kalau dah jenis malas nak membaca maka admin tak dapatlah nak nolong...
Kebajikan Rakyat Setahun Mentadbir..
Diantaranya:
1 >Program i-Suri, KWSP untuk para suri rumah.
2 > Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga Miskin & Miskin Tegar berdaftar & disahkan dalam Sistem e-Kasih.
3 > Harga runcit petrol lebih stabil. RON 95 – harga siling RM2.08 /Liter. Jika melebihi harga siling, kerajaan subsidikan.
4 > Peruntukan Khas (RM77 juta) Kementerian Kewangan kepada Peneroka FELDA untuk tahun 2018.
5 > Geran Sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
6 > Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.
7 > Penetapan semula harga Minimum Getah Sekerap pada kadar RM2.50/kg berbanding sebelumnya RM2.20/kg (naik 30 sen/kg)
8 > Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar 2 kali pada Disember 2018 & Januari 2019) pada Pekebun Kecil RISDA.
9 > Bayaran Bantuan Sara Hidup yang lebih bersasar kepada kumpulan B40
10 > Sebanyak RM98 juta daripada keseluruhan cadangan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan akan disalurkan untuk kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia. – Penambahan RM20 juta dari tahun sebelumnya.
11 > Bantuan kewangan kepada persatuan bekas tentera sebanyak RM500,000 yang akan diagihkan kepada 140 persatuan bekas tentera.
12 > Menandatangani MoU dengan persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang melibatkan 28 syarikat dan 13 persatuan Industri dengan 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada veteran tentera.
13 > Membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta
14 > Memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019
15 > Menaik taraf dan penyelenggaraan semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.
16 > Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta
bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.
17 > Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.
18 > Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.
19 > Pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.
20 > Memperuntukan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.
21 > Pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.
22 > Memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.
23 > RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.
24 > Membantu Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukan RM30 juta. Khazanah juga akan menyediakan peruntukan RM100 juta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.
25 > Pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera
26 > Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.
27 > Untuk penempatan FELDA, peruntukan RM100 juta bagi menaiktaraf jalan, RM160 juta bagi projek sistem bekalan air, RM35 juta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.
28 > RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
29 > Pas bulanan perjalanan tanpa had RM100 (rel dan bas RapidKL) dan RM50 (bas RapidKL) dilaksanakan dan bakal dikembangkan meliputi perkhidmatan bas-bas lain.
30 > Telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM 31.6 Billion kepada hanya RM 16.6 Billion.
31 > Projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM 8.8 Billion daripada RM39.3 Billion kepada RM30.5 Billion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.
32 > Memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini
33 > Perlaksanaan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
34 > Bayaran royalti petroleum dan gas mula dibayar terus
kepada Kerajaan Terengganu. Kelantan pula akan menyusul setelah selesai penarikan balik semula saman royalti oleh Kerajaan Kelantan (2019)
35 > Dana RM1Bilion untuk golongan B40 membeli rumah
36 > Bantuan RM500 juta kepada FELDA diluluskan
37 > RM1Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak, pemantauan dan pelaksana bakal diselia oleh JKR
38 > Elaun pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebanyak RM430 dan RM500 untuk tujuan tambang bagi setahun yang dimansuhkan rejim BN diwujudkan semula berkuatkuasa Feb 2019
39 > Skim Peduli Sihat My Peka untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangannya yang berumur 50 tahun bagi mendapatkan rawatan 36 jenis peyakit kronik secara percuma dilancarkan Mac 2019. Peruntukan sebanyak RM100 juta dan dijangka dapat membantu 800 ribu – 1 juta rakyat yang tidak berkemampuan.
40 > Skim MySalam diperkenalkan untuk membantu golongan B40 untuk mendapat perlindungan perubatan dalam bentuk kewangan (RM8,000) apabila berlaku masalah kesihatan melibatkan 36 jenis penyakit kronik, peringkat usia dari 18 – 55 tahun, melibatkan 3.6 juta rakyat Malaysia dibawah kategori B40. Dilancarkan pada Mac 2019.
42 > Peruntukan RM1.4 billion untuk kerajaan Negeri Kelantan bagi melaksanakan lima projek iatu naiktaraf lapangan Terbang Sultan Ismail,menyiapkan Central Spine Road, jajaran baru Jalan raya Pasir Putih, Machang, Jeli, Lebuhraya rakyat 3 dan projek jambatan Palekbang yang terbengkalai sejak 23 tahun lepas.
43 > Memperuntukkan RM3 billion untuk melaksanakan tujuh projek di Kedah antaranya pembinaan Lapangan Terbang Kulim, Lebuhraya Koridor Utara, Taman Perindustrian Petrokimia, Hub Taman Industri Pembuatan dan Logistik dan Perpustakaan Digital..
44 > Elaun bertugas pegawai RELA akan dinaikkan dari RM7.80 kepada RM9.80 sejam, manakala bagi anggota biasa daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam selewatnya tahun depan.
45 > Meluluskan 127 projek bernilai RM3.087 di seluruh negara bagi PDRM, dengan RM100 juta daripadanya untuk menambah baik 12,409 unit kuarters polis, dan RM100 juta untuk membaiki 226 lif.
46 > Menyalurkan peruntukan berjumlah RM525,000 kepada kerajaan Terengganu untuk diagihkan kepada 3,219 mangsa yang terlibat dalam bencana Monsun Timur Laut (MTL) tahun 2018/2019
47 > Peruntukan RM12 juta atasi masalah air di Chini yang terletak di parlimen Pekan, yang telah berlarutan bertahun lamanya.
48 > Meluluskan peruntukkan RM338 juta untuk perlaksanaan pelbagai program Risda yang memberi manfaat kepada 552 543 pekebun kecil di seluruh negara. Sementara pada 21 Mac 2019, RM37 juta bantuan diluluskan untuk Program Pembangunan RISDA Kedah..
49 > Senarai hitam para pelajar peminjam PTPTN yang tidak dibenarkan keluar negara oleh rejim BN dahulu, dipadamkan di immigresyen dan kini bebas ke serata dunia. Pembayaran hutang masih dalam kajian, hanya bergaji RM4000-00 keatas atau pembayaran sukarela mula membayar buat ketika ini.
50 > Diskaun 20% untuk pengguna KTM
51 > Program Food Bank Msia untuk golongan B40
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan teks

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena