Sunday 19 May 2019

'Islam terancam' Pelaku Azimar dari Kpg Jelempok Perlis yang membakar kereta Mufti Perlis kini dalam tahanan polis, rakannya Mie Tomoi masih bebas! Muzaini & Mie Tomoi ni 'ahli DAP' seumur hidup ke? Suspek ditawar simbah asid ke muka mufti Perlis [Video ZAMAN NAJIB DAN ZAHID HAMIDI SUDAH 'BERAKHIR' KJ]

Ahad, 19 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 3 orang
Betul ke ni pelaku yang membakar Kereta Mufti Perlis kini dalam Tahanan Polis? Nama dia Azimar dari Kpg Jelempok Arau. Telah diupah oleh seorang yang bernama AHMAD MUZAINI MYDIN. Ada lagi 5 orang lain yang terlibat merancang mengupah. Upah sebanyak 500. Berdasarkan gambar yang diterima, Muzaini merupakan *Ahli DAP seumur hidup. Sila rujuk gambar beliau berbaju merah didalam kereta dan dibelakangnya ialah Lim Guan Eng. Islam terancam...
MasyaAllah...dengan Upah RM 500.00 sanggup pi buat keja bodoh ni ke..
*Maaf cakap Bahasa Antonomasia/Kiasan

Suspek ditawar simbah asid ke muka mufti Perlis

Polis telah memberkas seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam perbuatan membakar kereta rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lepas.
Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata suspek seorang penganggur berusia 36 tahun ditahan dirumahnya di Kampung Jelempok Arau pada kira-kira 2.45 pagi Sabtu oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perlis.
Beliau berkata hasil siasatan awal, suspek mengaku diupah RM500 oleh seorang individu untuk melakukan perbuatan khianat itu bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas yang dikenali sebagai Mie Tomoi.
Menurut Noor Mushar, polis telah mengenal pasti identiti tiga daripada lima suspek yang masih bebas dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat dan menambah bahawa pihak polis telah mendapatkan perintah reman terhadap suspek selama empat hari bermula semalam.
Katanya polis juga merampas telefon bimbit suspek yang turut mempunyai lima kesalahan lampau dan pernah menjalani hukuman sebanyak dua kali.
Noor Mushar berkata hasil siasatan lanjut suspek memberitahu polis bahawa beberapa hari sebelum kejadian itu beliau telah dibawa oleh Mie Tomoi berjumpa tiga lagi individu yang berniat untuk melakukan sesuatu terhadap mufti.
Katanya menurut suspek seorang daripada individu terbabit menawarkan upah yang lumayan dengan menyuruhnya dan Mie Tomoi menyimbah asid ke muka Mohd Asri tetapi tidak dipersetujui.
“Bagaimanapun hasil perbincangan lanjut Mie Tomoi dan suspek bersetuju untuk membakar kenderaan Mohd Asri dengan upah sebanyak RM5,000,” kata Moor Mushar.
Selang beberapa hari kemudian, Mie Tomoi telah ke rumah suspek dengan menaiki motosikal dan kemudian menaiki Proton Waja milik suspek menuju ke sebuah rumah di Titi Tok Bandar, Kangar,” katanya.
Menurut Noor Mushar, seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Dik E menyerahkan beg galas, jaket, botol plastik dan helmet dan mereka kemudian menuju ke sebuah stesen minyak di Kodiang, Kedah dengan menaiki motosikal milik Mie Tomoi untuk mengisi petrol ke botol plastik sebelum ke rumah mufti.
Beliau berkata setibanya di rumah mufti, Mie Tomoi menyimbah minyak petrol ke kereta mufti dan suspek menyalakan api selain mengetuk cermin belakang kereta menggunakan tukul.
“ Setelah selesai mereka terus meninggalkan tempat kejadian dan barangan yang mereka bawa telah dibakar, katanya lagi.
“Selang beberapa hari kemudian suspek berjumpa dengan seorang individu di sebuah kedai serbaneka di Kangar dan meminta bayaran sebanyak RM5,000 seperti yang dijanjikan, bagaimanapun individu itu hanya memberinya RM500,” tambahnya.
Pada 22 Mac lepas, kereta rasmi Mohd Asri musnah dibakar oleh dua lelaki yang dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran Mohd Asri.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam terbakar di bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri manakala cermin belakang dan depan dipecahkan.
- Bernama
Malaysiakini.

3 comments:

Lone ranger pomen said...

Bukan LGE la. Korang mate letak mane. Tu LKS la.

Unknown said...

Ada kwn tu tak faham bahasa terbalik ni. Elok kata ja terang2... pelaku tu ahli Pas dan dlm gambar tu di belakangnya ialah presiden Pas.

Unknown said...

ha ha ha kan senang mcm tu, terus terang. lagi pun kita bukan pengikut mazhab boleh berbohong kerana melindungi kemungkaran

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena