Tuesday 28 May 2019

Suruhanjaya Tenaga beri tempoh 14 hari siasat punca bil elektrik tinggi - Yeo Bee Yin & Wakil rakyat DAP sumbang hampir RM1 juta untuk pembangunan Islam [Video Menteri arah Suruhanjaya Tenaga siasat dakwaan bil elektrik mencanak]

Selasa, 28 Mei 2019
KiniTV
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengarahkan Suruhanjaya Tenaga untuk menyiasat peningkatan dalam aduan mengenai bil elektrik yang didakwa meningkat dengan mencanak. Menterinya, Yeo Bee Yin berkata suruhanjaya itu boleh memulakan prosiding undang-undang terhadap syarikat utiliti nasional, Tenaga Nasional Bhd (TNB) jika ia tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990. Kenyataan itu dibuat susulan laman Facebook TNB Careline dibanjiri dengan aduan pengguna berhubung bil elektrik mereka yang luar biasa tinggi. Antara lain terdapat aduan pembacaan meter yang salah dan pembacaan meter dilakukan selepas tempoh 30 hari hingga mengakibatkan bil mencapai tahap pembayaran yang lebih tinggi. Semalam, TNB mengeluarkan kenyataan yang meminta orang ramai berurusan terus dengan Kedai Tenaga berdekatan jika harga bil elektrik mereka naik mendadak. Sementara itu, Yeo berkata aduan boleh difailkan dalam talian melalui laman web suruhanjaya berkenaan atau melalui e-mel.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
TNB kemuka tiga alasan berlaku kenaikan bil elektrik mendadak kepada Suruhanjaya Tenaga pada mesyuarat pagi tadi. - Yeo Bee Yin
Suruhanjaya Tenaga tidak berpuas hati dengan semua alasan yang dikemukakan TNB. - Yeo Bee Yin
Suruhanjaya Tenaga beri tempoh 14 hari siasat punca bil elektrik tinggi. - Yeo Bee Yin
Terdapat kecuaian teknikal dan TNB perlu bertanggungjawab terhadap isu kenaikan bil elektrik. - Yeo Bee Yin
Tiada penerangan foto disediakan.

Wakil rakyat DAP sumbang hampir RM1 juta untuk pembangunan Islam

DAP tetap berpegang teguh kepada perlembagaan persekutuan meskipun sering dilemparkan dengan fitnah dan tohmahan jahat oleh pihak lawan.
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan adalah antara perkara dalam perlembagaan yang diangkat dan dijunjung tinggi oleh pemimpin DAP.
Menurut Naib Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, ini dapat dilihat menerusi sumbangan yang telah diberikan wakil rakyat DAP bagi pembangunan Islam.
Setakat ini beliau menganggarkan sebanyak RM1 juta telah disalurkan kepada masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini melalui peruntukan 42 Ahli Parlimennya.
“Contoh yang terbaik ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh yang meluluskan peruntukan sebanyak RM130,000 kepada masjid dan surau untuk kegiatan kerohanian.
“Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah memberikan sebanyak RM125,000 manakala Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula berikan peruntukan RM87,000 sementara Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching RM55,000 dan Nga Kor Ming juga bagi RM40,000,” katanya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena