Monday 20 May 2019

Suspek ditawar simbah asid ke muka mufti Perlis! PJ Pas Perlis: Tertuduh 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗔𝗦 [Video SPRM dijangka panggil Zahid, Hishammuddin isu 'Land Swap']

Selasa, 21 Mei 2019
KiniTV
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai saksi untuk memberi keterangan berhubung berhubung siasatan skandal ‘Land Swap’ membabitkan tanah-tanah milik Kementerian Pertahanan (MINDEF). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein antara individu yang dijangka dipanggil berhubung siasatan tersebut. Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung isu itu hari ini. Pada 16 Mei lalu, Kementerian Pertahanan membuat laporan kepada SPRM berhubung baki 14 kes pertukaran tanah milik kementerian itu. Laporan itu dibuat Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pertahanan Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Ambrin Buang, terhadap 16 isu pertukaran tanah Kementerian Pertahanan.
Imej mungkin mengandungi: teks
"𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗔𝗦, tetapi dia baru dituduh bukan betul lagi” - Pesuruhjaya Pas Perlis
**Rakaman CCTV dari rumah jiran mufti & suspek membeli petrol dari stesen minyak berdekatan SUDAH ADA.. Mana nak sorok lagi!
"Suspek ditawar simbah asid ke muka mufti Perlis" - Ketua Polis Perlis
HEBAT hasil didikan PAS... Nak simbah asid ke muka Mufti Perlis? 𝗔𝗱𝗮 𝗰𝘂𝗯𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵?

Polis tahan suspek bakar kereta mufti Perlis , lima lagi diburu

Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata suspek seorang penganggur berusia 36 tahun ditahan dirumahnya di Kampung Jelempok Arau pada kira-kira 2.45 pagi Sabtu oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perlis.

Noor Mushar berkata hasil siasatan lanjut suspek memberitahu polis bahawa beberapa hari sebelum keajdian itu beliau telah dibawa oleh Mie Tomoi berjumpa tiga lagi individu yang berniat untuk melakukan sesuatu terhadap mufti.

Katanya menurut suspek seorang daripada individu terbabit menawarkan upah yang lumayan dengan menyuruhnya dan Mie Tomoi menyimbah asid ke muka Mohd Asri tetapi tidak dipersetujui.

“Bagaimanapun hasil perbincangan lanjut Mie Tomoi dan suspek bersetuju untuk membakar kenderaan Mohd Asri dengan upah sebanyak RM5,000,” kata Moor Mushar.

Selang beberapa hari kemudian, Mie Tomoi telah ke rumah suspek dengan menaiki motosikal dan kemudian menaiki Proton Waja milik suspek menuju ke sebuah rumah di Titi Tok Bandar, Kangar,” katanya.

Menurut Noor Mushar, seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Dik E menyerahkan beg galas, jaket, botol plastik dan helmet dan mereka kemudian menuju ke sebuah stesen minyak di Kodiang, Kedah dengan menaiki motosikal milik Mie Tomoi untuk mengisi petrol ke botol plastik sebelum ke rumah mufti.
Beliau berkata setibanya di rumah mufti, Mie Tomoi menyimbah minyak petrol ke kereta mufti dan suspek menyalakan api selain mengetuk cermin belakang kereta menggunakan tukul.

“ Setelah selesai mereka terus meninggalkan tempat kejadian dan barangan yang mereka bawa telah dibakar, katanya lagi.

“Selang beberapa hari kemudian suspek berjumpa dengan seorang individu di sebuah kedai serbaneka di Kangar dan meminta bayaran sebanyak RM5,000 seperti yang dijanjikan, bagaimanapun individu itu hanya memberinya RM500,” tambah

Pada 22 Mac lepas, kereta rasmi Mohd Asri musnah dibakar oleh dua lelaki yang dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran Mohd Asri.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam terbakar di bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri manakala cermin belakang dan depan dipecahkan.
-- BERNAMA

Ramai lagi akan dipanggil bantu siasatan kes peralatan kereta kebal

Lebih ramai orang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melengkapkan siasatan berhubung pembekalan peralatan kereta kebal kepada kerajaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memberitahu pada waktu ini siasatan kes tersebut masih di peringkat awal.
Justeru katanya SPRM menjangkakan akan ada lebih ramai saksi dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Saya pun tak dapat nak berikan jumlah sebenar (saksi yang akan dipanggil) tetapi kami sedang menjalankan siasatan secara agresif," katanya.
Azam berkata demikian semasa ditemui media di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 13 Mei lalu Malaysiakini melaporkan dua eksekutif syarikat ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan dana sebanyak RM17 juta.
Mereka yang ditahan itu masing-masing seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) berusia 53 tahun dan ketua pegawai kewangan berusia 45 tahun.
CEO terbabit juga seorang Datuk.
DRB-Hicom Bhd kemudian mengesahkan SPRM salah satu anak syarikatnya sedang disiasat SPRM, iaitu Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech).
Kes tersebut dikaitkan dengan pembekalan peralatan untuk kereta perisai tempur Deftech AV8 Gempita dan ACV-300 Adnan untuk sebuah agensi pertahanan di antara 2014 dan 2017.
Semalam seorang Datuk Seri berusia 39 tahun yang juga pemilik syarikat turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena