Wednesday 15 May 2019

DAP bantu Melayu & semua rakyat Malaysia, hanya UMNO PAS yang buta warna je & SPRM, bila nak dakwa Lebai PAS? JUMLAH SAMAN NFC AKAN DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT [Video Kita tebus negara dari kleptokrasi ke demokrasi semula - Dr M]

Rabu, 15 Mei 2019
KiniTV
Menempelak parti yang dikalahkan pada PRU14 lepas, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata apabila mendapat kuasa, mereka menyalahgunakannya tanpa had termasuk mencuri harta kerajaan dan rakyat. Dr Mahathir berkata Bersatu adalah sebuah parti yang berkorban untuk bangsa dan negara, maka anggotanya akan menahan diri daripada membuat perkara yang akan memburukkan imej negara. Beliau berkata hasil pengorbanan parti itu adalah menebus kembali negara yang sebelum ini digelar sebagai negara kleptokrasi. Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kemenangan cemerlang PH di Sandakan adalah hasil sokongan padu parti di Sabah termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) walaupun tidak ramai yang keluar mengundi. Beliau berkata kemenangan itu adalah kerana rakyat sedar PH adalah parti yang baik dengan pemimpinnya sanggup berkorban tanpa mengharap sesuatu. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Selasa.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
*13 Mei 2019*
JUMLAH SAMAN NFC AKAN DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT SEBAGAI BIASISWA PELAJAR
Saya baru dimaklumkan oleh peguam mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi yang membenarkan rayuan saya dalam kes saman berhubung NFC. Saya tidak hadir ke mahkamah kerana dimaklumkan ada permintaan peguam plaintif untuk menangguhkan perbicaraan pada hari ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer, Datuk Hanipah Farikullah and Datuk Wira Kamaludin Md Said yang membenarkan rayuan saya.
Saya juga sedia maklum bahawa Yang Arif Hakim-Hakim telah mengarahkan Datuk Seri Salleh Ismail sebagai plaintif memulangkan kembali sejumlah RM300,000 yang telah saya bayar kepada beliau sebelum ini, di samping membayar RM110,000 lagi sebagai kos guaman.
Saya pasti plaintif akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam masa yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan dan jumlah yang diarahkan tidak perlu dibayar sehingga selepas selesai kes di Mahkamah Persekutuan.
Jika ada pembayaran, jumlah tersebut akan disimpan oleh peguam di dalam akaun amanah sehingga kes ini selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Sekiranya saya kekal menang di peringkat Mahkamah Persekutuan, saya tidak akan mengambil satu sen pun dari apa jua jumlah yang dianugerahkan oleh mahkamah akibat kes NFC ini.
Jumlah RM300,000 yang dibayar kepada Datuk Seri Salleh Ismail adalah hasil sumbangan biayaramai (“crowdfunding”) oleh orang ramai dalam bulan Julai 2017.
Sebarang jumlah yang diarahkan dibayar kepada saya oleh mahkamah, akan dikembalikan seperti berikut:
1. Jumlah yang diarahkan sebagai kos guaman akan dibayar kepada peguam-peguam saya iaitu Ranjit Singh (Tetuan Ranjit Singh & Yeoh), Razlan Hadri Zulkifli (Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri), Ng Siau Sun dan Michele Navinder Kaur (Tetuan Sun & Michele). Mereka telah mengendalikan semua kes-kes mahkamah saya berhubung skandal NFC (sebanyak 3 kes) secara percuma (pro bono) sejak 2012;
2. Semua bayaran selain kos guaman yang diarahkan oleh mahkamah akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk hadiah pendidikan kepada pelajar cemerlang universiti dari berpendapatan rendah (sebanyak RM5,000 seorang) dan pelajar cemerlang Tingkatan 5 dari berpendapatan rendah (sebanyak RM500 seorang). Pemenang hadiah pendidikan akan dipilih dari kalangan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa yang cemerlang dalam bidang masing-masing walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak jemu membantu saya dalam kes NFC walaupun memakan masa yang panjang sejak tahun 2011 lagi.
Walaupun proses mendapatkan kembali dana RM250 juta nampaknya lebih panjang dari yang sepatutnya, saya berharap tindakan memulangkan jumlah yang perlu dibayar oleh plaintif dalam bentuk hadiah pendidikan, sebagai satu langkah awal ke arah mendapatkan kembali kesemua RM250 juta wang rakyat itu.
*RAFIZI RAMLI*
*NAIB PRESIDEN KEADILAN*
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
GREEN BEAN ARMY
TERKINI
Hakim Hamid Sultan Abu Backer mengarahkan supaya ganti rugi RM200 ribu dan kos RM100 ribu yang dibayar oleh Rafizi Ramli kepada Mohamad Salleh dan NFC Corp dipulangkan semula kepada Rafizi.
Malah sebaliknya Hamid mengarahkan Naib Presiden KEADILAN itu dianugerahkan RM110 ribu pula sebagai kos apabila rayuannya dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan!
Alhamdulillah³
Tahniah saudara Rafizi Ramli..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena