Friday, 26 January 2018

[Video HAK PENJAWAT AWAM DICABUL! Umno ketakutan & perlu dihukum-Dr Aziz Bari] FIKIRKAN! Apa akan jadi NASIB pemimpin2 UmnoBN bila BN kalah PRU14? KAKITANGAN AWAM TAK USAH TAKUT UNTUK MENUKAR KERAJAAN.

Sabtu, 27 Januari 2018

Image result for Gambar bolek tak kakitangan awam sokong pembangkang

Image result for Gambar Najib monyok

Image result for Gambar bolek tak kakitangan awam sokong pembangkang
Related image

Related image

Related image

Pembangkang Jamin Penjawat Awam Yang Dipecat Akan Dapat Kerja Balik Jika Pakatan Menang.


TIMBALAN Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan mana-mana penjawat awam yang hilang kerja, diturun pangkat atau dipindahkan hanya kerana mereka menyokong pembangkang akan dikembalikan kepada jawatan asal mereka jika PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


“Jika awak hilang kerja hanya kerana sokong kami, kami berikan jaminan. Kami akan beri balik kerja awak,” kata Muhyiddin dalam ucapannya di Konvensyen PH Sarawak di Sibu hari ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas ugutan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid semalam yang tindakan tata tertib akan diambil kepada guru dan pegawai kementerian sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang.

The Malaysian Insight

KAKITANGAN AWAM TAK USAH TAKUT UNTUK MENUKAR KERAJAAN

Selain peneroka Felda dan orang-orang kampung yang rata-ratanya masih bergantung kepada media konservatif, satu lagi kelompok yang menjadi penentu kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya ialah kakitangan awam kerajaan.

Dengan saiz seramai 1.6 juta orang, jumlah itu boleh dikata simpanan tetap yang selesa bagi UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya.

Sebab itu, selain pelbagai tawaran dan janji kepada kakitangan awam merupakan lumrah pada setiap kali menjelang pilihanraya, ugutan dan gertakan, sama ada secara halus atau terang-terangan, tertutup atau terbuka, adalah perkara yang selalu kita dengar ditujukan kepada mereka.
Semua itu memperlihatkan betapa pentingnya undi kakitangan awam sentiasa berada dalam kepungan UMNO dan BN.

Dalam keadaan terdesak dan takut kalah, selalunya ugutan dan gertakan adalah senjata paling ampuh untuk memastikan undi kakitangan awam tidak beralih. Mereka kerapkali berdepan ugutan ditukar tempat kerja, diambil tindakan disiplin atau diancam hilang pekerjaan.

Kadangkala ugutan hilang pekerjaan kepada kakitangan awam itu turut dilakukan secara terbuka dan terang-terangan. Najib Razak baru-baru ini mengingatkan jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Ucapan itu adalah suatu bentuk ugutan yang nyata, walaupun dilakukan secara halus. 

Sebagai rakyat yang mempunyai hak mengundi dan membuat pilihan setiap lima tahun sekali, sebenarnya adalah malang sekali kakitangan awam masih diperlakukan sedemikian rupa.

Ketika berkhidmat dan menjalankan tugas, memang kakitangan awam terikat dengan pelbagai peraturan sebagai anggota pentadbiran kerajaan, tetapi hak itu tidak membawa sehingga kepada siapa yang harus mereka pangkah di kertas-kertas undi.

Kakitangan awam bukan saja tidak harus takut untuk bersama-sama dengan gelombang perubahan, malah perubahan kerajaan lebih mungkin memberi kebaikan kepada masa depan mereka dan anak-anak dalam meneruskan kehidupan di negara yang kaya ini, tetapi dimiskinkan oleh UMNO dan BN sejak lebih 60 tahun lalu. (ShahbudinHusin 08/10/2017)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena