Monday 22 January 2018

[Video Salute for Tun M & Muhyiddin Yassin-Rakyat mahu PERUBAHAN] Pengundi lihat PH benar-benar mahu jadi kerajaan & Mahathir bersama kita di jalan raya. Apa salahnya? Itu yang kita mahu.

Selasa, 23 Januari 2018

Image result for Gambar Mahathir himpunan bersih 5
BERSIH 5
Image result for Gambar Mahathir himpunan bersih 5
Tun M mengambil gambarnya sendiri di perhimpunan Bersih 5.
Image result for Gambar Mahathir himpunan bersih 5
Siapa sangka ada pemimpin dan ahli PAS sanggup dan berani turun ke perhimpunan Bersih 5.

Pengundi lihat Pakatan Harapan mahu jadi kerajaan bukan hanya pembangkang

Pengundi lihat Pakatan Harapan mahu jadi kerajaan bukan hanya pembangkang

Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan (gambar atas) berpendapat pengundi dapat melihat kesediaan Pakatan Harapan untuk menggantikan kerajaan Umno-BN di Putrajaya apabila mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Ujarnya, pemilihan Tun Mahathir untuk jawatan itu bukti blok pembangkang tersebut tidak lagi sekadar mahu menjadi pembangkang semata-mata.
“Mahathir bersama Pakatan Harapan dan kata apa yang kita katakan. Mahathir bersama kita di jalan raya. Apa salahnya? Itu yang kita mahu.
“Mahathir juga telah menerima Anwar Ibrahim. Apa salahnya? Itu yang kita nak. Mahathir juga nak beri royalti Kelantan. Itu yang kita mahu. Kenapa kita nak tolak?
“Saya yakin InsyaAllah pengundi akan lihat Pakatan Harapan yang ada pada hari ini betul-betul nak jadi kerajaan bukan lagi jadi pembangkang,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam Forum ‘Adakah Mahathir Solusi Terbaik Untuk Kelantan & Malaysia?’ anjuran Aktivis Kelantan (AK03) di Dewan Seminar Alfah Wira Avenue, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.
Menurutnya, sikap melabelkan Mahathir sama jahat dengan Najib Razak hanya lebih menguntungkan rejim Umno-BN untuk terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kalau kata Mahathir jahat, Najib jahat, yang menang adalah Najib. Sampai bila kita nak duduk bawah BN?
“Kalau kita masih kata Mahathir jahat, saya kira Malaysia akan sampai bila-bila di bawah BN. Itulah yang paling teruk sekali,” ujarnya.
Hazmi berkata keputusan memilih Tun Mahathir untuk kembali ke jawatan yang pernah disandang tokoh berkenaan selama 22 tahun itu berkait dengan faktor sokongan segmen pengundi tegar Umno sebelum ini.
“Saya yakin pengundi akan menyokong kalau kita letak Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Bukan nak kata nama lain tidak layak tapi sebelum ini nak minta ‘orang Umno’ undi pembangkang, satu perkara yang sangat payah,” luahnya.
Mengulas kebimbangan kononnya Tun Mahathir akan kembali kepada urus tadbir yang pincang, beliau berkata kepimpinan perdana menteri turut disertai dengan barisan kabinet.
“Ini bermakna kalau kita tidak yakin dengan Tun Mahathir, jangan bimbang. Dalam Pakatan Harapan masih ada lagi wira seperti Tuan Haji Mohamad Sabu yang merupakan Presiden AMANAH yang juga Timbalan Presiden Pas satu ketika dulu.
“Dalam itu juga, ada Khalid Samad (Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional) dan ramai lagi. Yang paling penting kita kalahkan Umno terlebih dahulu.
“Paling penting kita lihat sekali dalam hidup kita ini Umno-BN itu kalah,” bidasnya dalam forum yang juga dihadiri Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gubard.
Bangkit lawan
Menganggap pihak yang mengungkit kembali ‘dosa-dosa’ Tun Mahathir sebelum ini sebagai “disibukkan dengan perkara-perkara tidak perlu”, Hazmi bertegas beliau sendiri akan bangkit melawan tokoh tersebut jika tidak seperti diharapkan.
“Kalau Tun Mahathir tak sama, saya pun akan bangkit lawan dia. Kalau dia jadi perdana menteri esok, dia tak keluarkan Anwar Ibrahim, dia berlaku zalim, kita lawan balik. Sifat kita adalah melawan,” katanya.
Beliau berpendapat bukan saat untuk terus menggali kesalahan atau bernostalgia melawan Mahathir ketika era Reformasi dahulu sebaliknya paling penting melihat pada tawaran Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.
“Paling penting bagi saya bukanlah siapa perdana menteri. Yang lebih penting Najib Tun Razak dan Umno-BN bukan lagi sebuah kerajaan selepas pilihan raya ini.
“Tun Mahathir bukan sekadar solusi tetapi Pakatan Harapan yang menjadi solusi kerana kalau kita lihat tawaran-tawaran Pakatan Harapan bukanlah cadangan atau suara Tun Mahathir semata-mata,” jelas Hazmi lagi.
Turut hadir dalam forum yang dimoderatorkan Pengerusi PSM Kelantan, Khairul Nizam Abd Ghani itu adalah Setiausaha Penerangan Bersatu, Deen Qassim dan Ketua Serikandi Keadilan Kota Bharu, Aina Sayuti.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena