Monday 22 January 2018

[Video 40 kerusi boleh menang ke, tanya Husam pada Hadi] Kenapa Hadi Awang yakin PAS jadi penentu kuasa.

Selasa, 23 Januari 2018

Image result for Gambar Pas nak menang 40 kerusi
MAHFUZ: SASAR 40 KERUSI PETANDA AWAL KERJASAMA PAS-BN.

Kenapa Hadi Awang yakin PAS jadi penentu kuasa

Kenapa Hadi Awang yakin PAS jadi penentu kuasa
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengacung keris ketika melancarkan jentera pilihan raya PAS Selangor pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam, Selangor kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2018.

ABDUL Hadi Awang yakin PAS boleh jadi penentu kuasa politik di peringkat persekutuan dan negeri dengan sasaran menang jumlah kerusi tertentu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, dan penganalisis politik mula membaca apakah keyakinan beliau itu ada asasnya.
Pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam, Selangor kelmarin, Hadi menegaskan keyakinannya apabila mengumumkan PAS akan bertanding 130 kerusi Parlimen "sekurang-kurangnya untuk dapat majoriti mudah”.
“PAS mahu bentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah selepas PRU,” kata Hadi pada rapat umum itu, yang menyaksikan beliau mengacung keris melancarkan jentera pilihan raya PAS Selangor.
Gabungan politik atau parti politik memerlukan paling sedikit 112 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Keyakinan Hadi itu bukan saja bagi kerusi persekutuan tetapi juga negeri. Beliau mencongak PAS boleh menang sekurang-kurangnya 13 daripada 56 kerusi dalam pilihan raya negeri di Selangor dan 32 daripada 45 kerusi di Kelantan.
Hadi juga berkata PAS boleh menang 8 daripada 36 kerusi DUN Kedah dan 4 daripada 59 kerusi di Perak, malah boleh membentuk kerajaan negeri di Perlis. 
Tetapi dalam tiga pilihan raya umum yang lalu, parti Islam itu hanya menang satu daripada 15 kerusi yang ada di dewan undangan negeri (DUN) Perlis.
Malah anehnya juga, Hadi tidak menyebut bayangan keyakinannya tentang Terengganu, negeri yang pernah beliau pimpin selama satu penggal pada 1999 sebagai menteri besar, sebelum kalah kepada Umno pada PRU 2004. PAS sekarang ada 14 daripada 32 kerusi di DUN Terengganu.
Selebihnya, hanya kurang 10% daripada 50,000 ahli PAS di Selangor yang hadir ke Himpunan Fastaqim 2.4 itu.
Jadi, dari manakah datangnya keyakinan Hadi bahawa PAS boleh jadi kuasa penentu pada PRU14 nanti?
Bagaimana membaca Hadi
Menurut penganalisis, keyakinan Hadi ini datang daripada strategi kempen yang menyerang Dr Mahathir Mohamad, dan bukannya Umno, yang akan lebih ternampak jelas dalam waktu yang terdekat.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata PAS akan bertanding 130 kerusi Parlimen sekurang-kurangnya untuk dapat majoriti mudah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2018.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata PAS akan bertanding 130 kerusi Parlimen sekurang-kurangnya untuk dapat majoriti mudah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2018.
Hadi memusatkan serangan kepada kesilapan masa lalu pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dan sebaliknya berkendur terhadap Umno, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar.
"Serangannya ditumpukan kepada Dr Mahathir dan bagaimana bekas perdana menteri itu menghentikan bayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu pada 1999 semasa Hadi jadi menteri besar.
"Hadi tidak serang Umno secara langsung kerana strategi terbaru PAS ialah untuk memenangi undi daripada penyokong Umno," kata Hisommudin.
PAS terpaksa menagih undi Umno kerana ia dijangka akan hilang sokongan daripada pengundi bukan Melayu selepas parti Islam itu berpisah dengan parti-parti pembangkang yang kini bergabung dalam PH.
"Jalan kemenangan PAS dalam pertembungan tiga penjuru ialah dengan mengharapkan undi daripada penyokong Umno."
Peneliti politik dari Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali berkata strategi PAS tidak menyerang Umno itu selari dengan cita-citanya mahu jadi penentu kuasa politik.
Ia juga konsisten dengan pendirian PAS bersetuju atas beberapa dasar kerajaan persekutuan tetapi menentang dasar yang tidak menguntungkan rakyat, katanya.
Kuasa ketiga
Kenyataan Hadi itu membalut keyakinan bahawa PAS boleh jadi kuasa ketiga yang mampu menggugat BN dan PH.
"Ini kerana keyakinan PAS pada jentera pilihan rayanya sendiri dan ribuan ahli baru yang didaftarkan setiap bulan," kata Mazlan.
"Tetapi Hadi tidak sebut Terengganu kerana beliau tahu negeri itu akan kekal dengan BN," katanya yang pernah membuat simulasi keputusan PRU14 Terengganu.
Penganalisis berkata banyak penyokong PAS di Lembah Klang keliru dengan hala tuju parti dan mungkin memutuskan tidak datang ke Fastaqim 2.4. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2018.
Penganalisis berkata banyak penyokong PAS di Lembah Klang keliru dengan hala tuju parti dan mungkin memutuskan tidak datang ke Fastaqim 2.4. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2018.
Kajian Mazlan, yang dibentangkan di Universiti Malaya minggu lalu, menunjukkan PAS hanya boleh menang dua kerusi DUN sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru dengan BN dan PH.
Walaupun kehadiran rendah di Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam kelmarin sudah dijangka, Mazlan berkata sokongan kepada PAS di Kelantan dan Terengganu secara umumnya lebih tinggi berbanding di negeri lain.
"Pengikut PAS di Lembah Klang tidak peduli untuk tunjuk muka pada majlis-majlis seperti ini, tidak seperti rakan-rakan mereka di Kelantan dan Terengganu," kata Mazlan.
Satu lagi faktor, menurut Mazlan, perpecahan PAS pada 2015 yang membawa kepada munculnya parti serpihan, Amanah.
"Banyak penyokong PAS di Lembah Klang keliru dengan hala tuju parti dan mungkin memutuskan tidak datang," tambahnya.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena