Wednesday 31 January 2018

[Video Najib MENGAPA TAKUT MASUK MAHKAMAH JIKA TAK BUAT SALAH? Najib hina Pas] Pengekalan status quo, calon Bersatu beri menang mudah PH.

Khamis, 1 Februari 2018


Pengekalan status quo, calon Bersatu beri menang mudah PH

Pengekalan status quo, calon Bersatu beri menang mudah PH
Barisan Nasional (BN) dijangka akan gagal memenangi kerusi Parlimen Hulu Langat sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mengekalkan status quo persempadanan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (2013) yang lalu.
Dalam Syor Pertama yang dipamerkan pada 2016 bagi Parlimen Hulu Langat, mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) itu, SPR mengeluarkan Dun Kajang (38,218 pengundi) ke P102 Parlimen Bangi (dahulu Parlimen Serdang) dan kemudian mengeluarkan Dun Seri Kembangan dari P102 Parlimen Serdang ke P103 Parlimen Puchong.
SPR hanya mengekalkan N23 Dusun Tua (47,286 pengundi) dan N24 Semenyih (42,470 pengundi) di Parlimen Hulu Langat di dalam Syor Pertama Cadangan Persempadanan
Bagaimanapun dengan bantahan yang dilakukan oleh PH Hulu Langat dalam Syor Pertama, SPR telah mengekalkan semula status quo persempadanan kawasan Dusun Tua, Semenyih dan Kajang di bawah Parlimen Hulu Langat.
Jamzuri Ardani
Pakatan Harapan (PH) Hulu Langat berpandangan tindakan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar mengemukakan bantahan pada syor kedua persempadanan SPR, semata-mata untuk memastikan PH Selangor kalah pada PRU ke14 akan datang.
Timbalan Ketua Biro Penerangan PH Hulu Langat, Jamzuri Ardani berkata, sekiranya bantahan BN Selangor diterima SPR, ia boleh mengundang kepada kekalahan PH Hulu Langat kerana daerah-daerah mengundi yang telah memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dikeluarkan dari Parlimen Hulu Langat di dalam syor pertama.
“BN Selangor buat bantahan untuk syor kedua supaya syor pertama dikekalkan kerana itu memang hasrat Umno-BN untuk menang di Hulu Langat.
“Saya bimbang kemungkinan syor kedua tidak akan diwartakan selepas 14 Februari ini kerana bantahan dibuat oleh BN Selangor.
“Jika syor pertama dikekalkan PH di Hulu Langat akan hilang semua pengundi di Dun Kajang yang menjadi deposit besar kepada PH.
“Ditambah beberapa Daerah Mengundi (DM) dalam Dusun Tua dan Semenyih yang mana PR pernah menang besar juga  dipindahkan ke Kajang.
“Dalam syor pertama DM Sungai Chua 1 hingga 5 (10,626 pengundi) dikeluarkan dari Dun Kajang dan dimasukkan ke Dun Balakong.
Cadangan Syor Pertama SPR mengeluarkan Dun Kajang dari Parlimen Hulu Langat.
Calon Bersatu beri menang mudah di Dun Semenyih
Jamzuri yang juga Naib Ketua AMANAH Kawasan Hulu Langat berkata, daripada kajiselidik sebuah NGO yang tidak mahu dinamakan itu, dapatan menunjukkan di Parlimen Hulu Langat sejumlah 4,000 responden memberi sokongan kepada PH berbanding BN pada PRU14 akan datang.
Ini disebabkan pengundi bukan Melayu menjadi faktor penarik untuk mengekalkan sokongan kepada kerusi yang ditandingi PR jika status quo PRU13 dikekalkan SPR.
“Kita jangkakan akan mengekalkan sokongan pengundi Cina yang sebelum ini 85% memberi sokongan kepada PR dan hingga kini masih lagi menyokong kita.
“Sokongan Melayu pula akan pecah tiga dengan peratusan hampir sama banyak sekitar 30% setiap parti yang bertanding antara BN, Pas dan PH kerana mempunyai sokongan pengundi Melayu yang hampir setara, atas faktor ini dengan sokongan pengundi bukan Melayu kita lihat PH akan menang selesa.
“Selain itu faktor Bersatu dijangka akan memberikan peralihan (swing) sokongan pengundi di Dun Semenyih yang dimenangi BN pada PRU13 lalu terutama di kampong-kampong tradisi,” ujarnya.
Sehingga kini pengagihan kerusi Dun di Selangor masih lagi belum dimuktamadkan oleh pimpinan Pakatan Harapan Selangor.
Beliau yang juga Penyelaras AMANAH Dun Semenyih berpandangan bagi memastikan Parlimen Hulu Langat dan tiga Dun dimenangi PH dalam PRU14, adalah perlu agar PPBM turut diberi kerusi bertanding di salah satu kerusi Dun di Hulu Langat.
“Berdasarkan analisis keputusan PRU13 dan kecenderungan pengundi sekarang, sekiranya PH meletakkan calon PPBM untuk bertanding di salah satu Dun di Hulu Langat, kita akan mendapat peralihan sokongan yang signifikan dari kalangan penyokong tradisi BN untuk mengundi calon Pakatan Harapan di Parlimen Hulu Langat.
“Kini terdapat lebih 10,000 pengundi baharu. Jika berlaku ‘swing’ yang signifikan daripada PPBM dan PH pula berjaya menguasai separuh dari pengundi baharu, kita berkemungkinan besar menang di Parlimen Hulu Langat dan di kesemua tiga Dun.
“Saya fikir ada keperluan meletakkan calon PPBM di salah satu Dun di Hulu Langat untuk wujudkan gelombang yang agak baik untuk PH menang majoriti bergaya di Parlimen dan Dun pada PRU14 kelak,” ujarnya.
Pada PRU 13 lalu Parlimen Hulu Langat dimenangi Pas dengan majoriti 17,267; Dun Dusun Tua dimenangi PKR (majoriti 4,071); Dun Semenyih dimenangi BN (majoriti 4,145) dan; Dun Kajang dimenang PKR (majoriti 6,824 -sebelum Langkah Kajang).
Dalam pembahagian kerusi Parlimen PH  calon AMANAH akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat yang dijangka diwakili Naib  Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd  Yunus,  manakala bagi  Dun Dusun Tua dan Kajang calon PKR  dan kemungkinan berlaku perbincangan antara PKR dan Bersatu bagi menentukan calon parti  bagi kerusi Dun Semenyih.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena