Monday 22 January 2018

[Video Bukan soal hina sesiapa, jelas Dr M] Peluang pekerjaan terhad punca anak muda graduan universiti terpaksa pandu uber, jual nasi lemak.

Isnin, 22 Januari 2018

Image result for Gambar pengangguran

Peluang pekerjaan terhad punca anak muda terpaksa pandu uber, jual nasi lemak


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laporan media sebelum ini berkata bahawa tidak ada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti kini memandu Uber dan menjual nasi lemak.
Bekas perdana menteri itu menjelaskan, ia sebenarnya menunjukkan kegagalan kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi yang sesuai dengan tahap kelulusan seseorang graduan.
Kenyataan Dr Mahathir itu mengundang reaksi Naib Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong yang mengingatkan kembali zaman Pengerusi PPBM itu menjual pisang goreng ketika usia mudanya semasa Perang Dunia Kedua meletus.
Pun begitu, bagi Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Dyana Sofya; komen Nicole tersebut adalah di luar konteks apa yang diucapkan pemimpin berusia 93 tahun itu dan tidak mencerminkan situasi semasa.
“Adakah Nicole ingin mengatakan bahawa keadaan negara sekarang terlalu teruk bagai Perang Dunia Kedua sehingga graduan anak muda terpaksa menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber?
“Nicole kemudiannya menuduh Dr Mahathir mahu graduan menjual badan, atau menjadi pelacur dan terlibat kegiatan rempit sekiranya tidak menjual nasi lemak atau menjadi pemandu Uber.
“Terang sekali Nicole terlepas maksud sebenar Dr Mahathir,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Dyana, kenyataan Dr Mahathir itu sebenarnya adalah kritikan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal menjaga kebajikan anak muda negara ini dan tidak sedikit pun berniat untuk memperkecilkan kebolehan mereka untuk mencari sumber pendapatan.
“Walaupun anak muda bijak dalam mencari punca pendapatan, kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kebanyakan anak muda termasuk graduan tidak dapat mencari pekerjaan yang setaraf dengan tahap pendidikan mereka dari segi gaji mahupun peluang pekerjaan.
“Adakah universiti kita melatih berjuta-juta anak muda Malaysia selama bertahun-tahun dalam pelbagai jurusan professional sehingga tahap sarjana muda untuk menjadi pemandu kereta?” soalnya.
Beliau mempersoalkan sama ada dasar yang diperkenalkan BN menjadi punca mengapa anak muda terhimpit dalam situasi sebegitu.
“Walaupun tidak salah untuk memilih sedemikian, tapi kita harus peka dan bertanya, adakah mereka memilih jalan tersebut ataupun terpaksa kerana kesempitan hidup dan kekurangan peluang saksama yang berpunca dari dasar kerajaan BN yang gagal membela kebajikan anak muda Malaysia,” ujarnya.
Untuk rekod, Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia pada tahun lepas menyatakan kadar pengangguran beliau mencecah 10.7 peratus iaitu tiga kali ganda kadar pengangguran nasioanal (3.1 peratus). – Roketkini.com



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena