Saturday 20 January 2018

[Video Terkini! WARISAN KINABATANGAN DITANGKAP POLIS kerana BUKA CAWANGAN BARU? Biar Malaysia mencipta rekod dan sejarah seorang kleptoktat akhirnya tumbang di tangan lelaki tua berusia 93 tahun.

Ahad, 21 Januari 2018

Image result for Gambar Umno BN balon duit rakyat
SUBSIDI RAKYAT DIHAPUSKAN.. duit rakyat diseleweng bayar hutang anak main judi LAS VEGAS USD11 JUTA.

BIAR MALAYSIA CIPTA REKOD TUMBANGNYA SEORANG KLEPTOKRAT KEPADA LELAKI BERUSIA 93 TAHUN

Dahulu macam-macam perlekehan dilontarkan kepada Tun Mahathir Mohamad apabila beliau memulakan langkah untuk menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.
Ada seorang pemimpin UMNO berkata, “jangan bimbang dengan bekas Perdana Menteri itu, beliau sudah tua dan baling gelas pun tidak pecah dengan kudratnya.”
Hari demi hari berlaku dan apabila Tun Mahathir menunjukkan kesungguhan dan komitmen luar biasanya sehingga akhirnya dipersetujui untuk mengetuai Pakatan Harapan dan seterusnya dipilih sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya menumbangkan UMNO dan BN, selain berjaya memuktamadkan pembahagian kerusi, rata-rata pemimpin UMNO jadi lintang pukang dibuatnya.
Lebih kalut apabila Tun Mahathir menyebut tiga kawasan Parlimen bakal ditandinginya iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.
Mereka mula mengatakan lelaki yang berusia 93 tahun tidak boleh melakukan apa-apa untuk negara, tiada negara mahu memilih seorang yang seusia itu sebagai Perdana Menteri dan ada yang tetiba tidak faham mengapa Tun Mahathir mahu jadi Perdana Menteri semula, selain ada juga “ulama dalam semak” muncul bersuara kononnya lebih baik bekas Perdana Menteri itu mendalami agama daripada sibuk hal-hal politik.
Kenapa tiba-tiba jadi begitu pula nadanya?
Tidak malukah bercakap soal agama, berkopiah dan berserban tapi mempertahankan kleptokrat?
Jika benar Tun Mahathir tidak berupaya dan pemilihannya sebagai bakal Perdana Menteri tidak mampu menyumbang apa-apa kepada Pakatan Harapan dan negara, bukankah Najib, UMNO dan BN sepatutnya berasa gembira sekarang ini?
Seharusnya biarkan saja Tun Mahathir masuk gelanggang supaya beliau yang sudah tua dan tidak bermanfaat itu lebih mudah lagi untuk dikalahkan.
Dengan pelbagai kuasa dalam tangan, media propaganda ada beribu, wang tanpa had sehingga dedak boleh diberi berlambak-lambak, kenapa masih takut dengan lelaki berusia 93 tahun yang tiada apa-apa?
Dalam dunia politik pelbagai negara, memang tidak dinafikan banyak daripadanya sudah memilih orang muda sebagai pemimpinnya. Tetapi, lain padang lain belalangnya.
Malaysia berbeza keadaannya kerana kita ada pemimpin kleptokrat yang sedang merosakkan negara dengan kerakusannya. Keadaan ini tidak berlaku di negara-negara lain.
Jika ada pemimpin berusia 93 tahun masih sudi turun padang, mengotorkan tangan, memimpin orang muda, diterima oleh pelbagai lapisan usia dan sanggup mengenepikan segala kenikmatan hidup sebagai negarawan semata-mata untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan sang kleptokrat, tidakkah kita seharusnya bersyukur dengannya?
Bayangkan apa jadi kepada negara ini dan masa depannya jika Tun Mahathir tidak berbuat apa-apa dan hanya selesa berehat di rumah saja?
Beliau yang membina sebahagian daripada negara ini dan sudah tentu beliau bertanggungjawab memulihkannya semula jika dirasakan wujud elemen-elemen kehancuran yang semakin nyata.
Jangan salahlah Tun Mahathir yang  masih sudi berjuang menyelamatkan negara sehingga tiada rasa malu menyanjung kleptokrat yang sedang merosak dan bakal membawa kehancuran kepada negara.
Kita hanya boleh menyalahkan dan marah kepada Tun Mahathir kiranya beliau ingin menjadi Perdana Menteri semula semata-mata kerana kuasa dan bukan untuk menumbangkan kerajaan kleptokrat.
Jika kita sayang dan mahu negara ini terus selamat, aman dan bahagia untuk seluruh rakyatnya, marilah kita menyokong perjuangan  lelaki tua ini.
Beliau tidak berjuang untuk dirinya, malah tiada apa-apa  lagi kemewahan diperlukan dalam kehidupannya. Usahanya total untuk negara.
Biar Malaysia mencipta rekod dan sejarah bagaimana seorang kleptoktat akhirnya tumbang di tangan lelaki tua berusia 93 tahun.
Sebaliknya, terus mengekalkan Najib, tiada apa-apa rekod atau sejarah baru akan tercipta, melainkan mungkin lebih banyak siri skandal, kemewahan, pembelian barang kemas, kehilangan wang dan tergadainya tanah kepada pihak asing terus menyakitkan hati dan kehidupan kita. (ShahbudinHusin 21/01/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena