Thursday 25 January 2018

[Video Jangan sia-siakan undi kepada BN & Jangan buat #undirosak PRU14] Kegagalan 1MDB-BUKAN LAGI FITNAH YER! Dulu menafi, Sekarang mengaku & Serangan ke atas Tun M tak berbisa di Johor.

Jumaat, 26 Januari 2017
Foto Otai BERSIH.
BUKAN LAGI FITNAH YER...
Dulu menafi, Sekarang mengaku...
1MDB satu kegagalan di pihak pengurusan...
1MDB satu kesilapan di pihak Kerajaan...
BOD 1MDB bertindak atas nasihat Lembaga Penasihatnya...
Pihak Pengurusan mentadbir/mengurus atas resolusi BOD nya..
APA KAH PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT DAN BOD 1MDB INI TIDAK HARUS DI SIASAT DAN DI PERTANGGUNGJAWABKAN ATAS KEGAGALAN DAN KESILAPAN INI???
Laporan PAC dan LKAN ada menyata dan memperincikannya..
Jika rajin godek2 hansard Parlimen 1MDB akan di ketahui siapakah mereka2 itu...
NAK TUNGGU LAGI 30 TAHUN???
Kebanggaan Malaysia. Negaraku harum di persada dunia. #Malaysia#Negaraku
Standing In The Eyes of The World~~
Sebarkan..
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Serangan ke atas Tun Mahathir tak berbisa di Johor

Serangan bertubi-tubi dilakukan BN dan media pro pemerintah terhadap calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meninggalkan kesan negatif kepada pengundi di Johor.
Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub, di negeri kelahiran Umno itu tidak timbul isu Tun Mahathir tidak layak menjadi PM kerana faktor usia. Malah, katanya, hari demi hari sambutan terhadap PH semakin meningkat selepas pengumuman pembahagian kerusi dan calon PM pada konvensyen 7 Januari lalu.
“Walaupun pihak lawan menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad bertubi-tubi, kononnya beliau sudah tidak mampu lagi memimpin negara namun saya berpendapat serangan itu tidak berapa berkesan atau tidak berbisa.
“Malah di Johor kini semua pemimpin PH mendapat sambutan baik daripada rakyat (dalam program ceramah). Ramai yang bertanya saya bilakah tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan dibuat,” kata Salahuddin Ayub kepada Suara pakatan daily
Katanya lagi, tindakan PH menamakan Tun Mahathir sebagai calon PM merupakan strategi tepat dan mengkucar-kacirkan BN.
“Ia seperti satu tembakan yang tepat pada sasarannya. Jelas kelihatan BN sekarang ini sudah hilang rentak di padang perlawanan (sekiranya bermain bola). Seolah-olah mereka berkaki bangku.
“Manakala dalam PH pula semua pimpinan di Johor bekerjasama dengan baik di antara satu sama lain.
“Saya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mengiatkan usaha memberitahu rakyat, selain daripada Tun Mahathir, PH mempunyai banyak lagi pemimpin Melayu yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara, sama ada dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan, pentadbiran serta semua sektor kerajaan,” katanya.
Justeru itu, Salahuddin berharap rakyat akan memberi mandat kepada PH untuk membentuk kerajaan negeri dan persekutuan yang baharu pada PRU 14 nanti.
Kerajaan baharu penting, katanya, kerana akan mengutamakan kebajikan rakyat berbanding BN yang memeras wang cukai pada setiap detik untuk berbelanja boros.
“Satu daripada dasar yang amat penting ialah kita akan ringankan beban rakyat dengan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta mengembalikan subsidi.
“Di mana jua saya pergi, dasar inilah yang dialu-alukan rakyat. Pada saya, kerajaan BN tidak berjaya meyakinkan rakyat bahawa negara memerlukan GST untuk membangunkan negara.
“Sebab tugas memanfaatkan rakyat dan membangunkan negara adalah tugas sebuah kerajaan memerintah bukannya satu ‘hadiah’ oleh kerajaan,” tambah Salahuddin yang berasa optimis PH akan mencipta sejarah di Johor dalam PRU14 ini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena