Tuesday, 23 January 2018

[Video Kembali kepada kerajaan yang ada rekod baik (tidak curi duit rakyat), pesan Mahathir] 'Cai Pas heret motor nak kasi sesak jalan?' Tolak Pas untuk tumbangkan BN secara total, seru AMANAH Marang.

Rabu, 24 Januari 2018

Kes Minyak Naik aje!

Apa Sudah Jadi! Cai PAS Seret Motor! Tp @PDRMsia Juga Terbaik!

Biar gambar bicara sendiri...umat PAS seret motor buat jalan sesak...tapi anggota polis trafik plak..tolak kereta untuk kurangkan kesesakan...

Dari segi niat pun dah jahat...nak tunjuk perasaan minyak naik harga...kenapa tak tolak bas UmnoBN?
* disunting
Ditulis oleh 
Image result for Gambar tolak Pas
Salam & selamat pagi semua, terima kasih kepada idris ahmad & siti zailah kerana menggagalkan usaha Pakatan Harapan utk tolak bajet kerajaan BN, ..
Facebook.

Tolak Pas untuk tumbangkan BN secara total, seru AMANAH Marang

Tolak Pas untuk tumbangkan BN secara total, seru AMANAH Marang

Ketua AMANAH Marang, Miqdad Zakaria (gambar atas) menyeru pengundi supaya menolak Pas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang bagi memastikan Umno-BN dapat ditumbangkan secara total.
“Kita tak mahu pada sebelah malam hari pilihan raya ke-14 nanti, kita dapat berita BN berjaya ditumbangkan. Kemudian esoknya pula, kita dapat berita BN kembali jadi kerajaan dengan sokongan sejumlah kerusi dari Pas,” tulis beliau dalam Facebooknya.
Menurut beliau, hal ini bukan perkara mainan, rakyat telah menanti dan berjuang selama lima tahun selepas PRU13 untuk menumbangkan Umno-BN.
“Kita tak mahulah undi kita yang lima tahun sekali ini diletakkan dalam kotak undi Pas yang mungkin menjadi talian hayat Umno.
“Bacalah kenyataan pemimpin-pemimpin utama Pas kebelakangan ini, masing-masing kata jika Pas dapat 40 kerusi, Pas akan jadi penentu siapa yang jadi kerajaan sama ada Pakatan Harapan (PH) atau BN.
“Jadi Pas akan kerjasama dengan siapa kalau dia ada kerusi hasil undian kita?” tanya beliau.
Kata beliau lagi, jika Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH disebabkan dalam PH ada AMANAH dan DAP, maka pastilah Pas hanya ada satu pihak sahaja lagi untuk bekerjasama iaitu BN.
“Dan jika itu berlaku, maka BN akan kekal jadi kerajaan selepas PRU14 dan kita terpaksa menunggu lagi lima tahun untuk undi sekali lagi.
“Pas kata mereka akan letakkan syarat itu dan ini kepada BN jika BN mahu jadi kerajaan nanti.
“Kita jangan lupa Umno pernah ajak Pas sertai Parti Perikatan pada tahun 1969 selepas berlakunya darurat.
“Pas setuju sertai Parti Perikatan yang kemudiannya diganti dengan nama BN dengan beberapa syarat, sama seperti sekarang.
“Kemudian Pas tidak dapat kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan oleh Umno sebelumnya, malah pada tahun 1978 Pas telah dipecat BN (meminjam perkataan Presiden PAS),” kata beliau lagi.
Kata beliau, jika Pas ingin dipatuk duak kali dari lubang BN, biarkanlah mereka.
“Yang pasti, kita jangan bazirkan undi kita untuk sesuatu yang berkemungkinan akan jadi talian hayat kepada BN.
“Apatah lagi Presiden PAS pernah kata, biar BN perintah semua negeri pun tak apa, asalkan bagi PAS lima negeri.
“Jadi ingatlah nasib anak cucu kita, dengan ekonomi dan sara hidup yang semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurangan, kalau kita tak ubah sekarang, makin teruklah negara kita untuk kita wariskan kepada mereka,” katanya.
 Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena