Saturday 27 January 2018

[Video Huh, Najib Umno 'Semedang' Tipu Rakyat! Diratibnya Ekonomi Baik Tapi Masih Kenakan GST Demi Bayar Hutang 1MDB] Dr Mahathir dan Ku Li jadi tarikan di majlis kenduri kahwin.

Ahad, 28 Januari 2018

Dr Mahathir dan Ku Li jadi tarikan di majlis kenduri kahwin

Dr Mahathir dan Ku Li jadi tarikan di majlis kenduri kahwin
Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dilihat berbual mesra ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Zahid Mat Arip yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Januari, 2018.

PERBEZAAN dalam politik tidak menghalang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah duduk semeja di sebuah majlis kenduri kahwin.
Dalam majlis persandingan anak kepada Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Zahid Mat Arip yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir dan Razaleigh, turut bergambar bersama kedua-dua mempelai.
Antara yang turut hadir memeriahkan majlis persandingan anak kepada Zahid yang juga merupakan ketua Bersatu Bahagian Setiawangsa ialah bekas menteri Kabinet Sanusi Junid dan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, isteri kepada Dr  Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang disiasat polis semalam berhubung ucapan yang diberikannya pada "Himpunan Ungu", perhimpunan wanita menentang situasi politik di Malaysia masa kini tahun lalu turut dilihat memeriahkan majlis itu.
Dr Mahathir, Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li, Sanusi dan Muhyiddin masing-masing melaksanakan upacara menepung tawar terhadap kedua-dua pengantin.
Dr Mahathir dan Razaleigh diletakkan duduk bersebelahan di meja makan dan dilihat berbual mesra serta kadangkala dilihat tertawa.
Ku Li memberitahu The Malaysian Insight beliau sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr Mahathir.
“Tak jadi hal. Baru-baru ini pun saya ada jumpa dia.
“Selalu juga berjumpa dengan Dr Mahathir, kalau ada kesempatan berjumpalah,” kata Ku Li kepada The Malaysian Insight.
Sepanjang majlis itu, hadirin tak putus-putus ke meja makan yang menempatkan Dr Mahathir dan Ku Li untuk bergambar bersama dua negarawan itu sehingga pengerusi majlis meminta mereka memberi laluan kepada kedua-dua tokoh itu untuk makan.
Razaleigh, Sanusi dan Muhyiddin pernah bersama-sama dalam Kabinet ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dahulu.
Perpecahan Umno pada 1987 selepas pemilihan parti yang menyaksikan putera Kelantan itu tewas tipis memisahkan Dr Mahathir dan Ku Li.
Ku Li kemudiannya menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 yang bekerjasama dengan parti pembangkang seperti PAS sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang penguasaan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990.
Pada 1996, Ku Li membubarkan Semangat 46 dan kembali menyertai Umno di bawah kepimpinan Dr Mahathir.
Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan anak Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Zahid Mat Arip yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Januari, 2018.
Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan anak Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Zahid Mat Arip yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Januari, 2018.
Kini, Dr Mahathir sudah meninggalkan Umno dan menubuhkan Bersatu tetapi Ku Li masih kekal bersama parti Melayu itu.
Pada 7 Januari lalu, Pakatan Harapan (PH) menamakan Dr Mahathir yang juga pengerusi mereka sebagai perdana menteri ketujuh sekiranya berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno memberi amaran hari ini tindakan angkuh Putrajaya tidak memberikan sebarang manfaat kepada kerajaan memerintah ketika PRU14 semakin hampir.
Ku Li menyentuh dua kejadian terbaru - soal siasat polis ke atas Siti Hasmah dan perubahan tempat forum awam anjuran G25 yang dilakukan saat-saat akhir hari ini- mengatakan dua kejadian ini akan menjauhkan rakyat Malaysia daripada BN. 
“Tiada manfaat pihak berkuasa berkasar dengan organisasi seperti ini, malah memburu Siti Hasmah pula, saya tak fikir ia betul, kenapa tak tangkap Dr Mahathir sahaja?
“Ia akan wujudkan banyak lagi kisah tak enak didengar dan beri keburukan kepada parti pemerintah, saya tak fikir ia akan beri kelebihan kepada parti pemerintah,” kata Ku Li pada sidang media di Shah Alam hari ini. – 27 Januari, 2018.
The Malaysian Insight


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena