Wednesday 24 January 2018

[Video GEMPUR SABAH! Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin & Shafie Apdal MEMBONGKAR KEJAHATAN BN Sabah] PKR dijangka kekal di Ampang dengan sasaran majoriti 20,000 pada PRU14.

Khamis, 25 Januari 2018


PKR dijangka kekal di Ampang dengan sasaran majoriti 20,000 pada PRU14

PKR dijangka kekal di Ampang dengan sasaran majoriti 20,000 pada PRU14

Parlimen (P99) Ampang dijangka mensasarkan majoriti kemenangan 20,000  dalam Pilihan Raya Umum ke-14  walaupun persempadanan semula kawasan mengalihkan sebahagian besar pengundi ke Parlimen Pandan dan Dun Bukit Antarabangsa.
Pengarah Pilihan Raya Ampang D.Nallan berkata, beberapa Pusat Daerah Mengundi (DM) di Dun Lembah Jaya meliputi DM Tasik Permai telah dimasukkan ke Dun Teratai di Parlimen Pandan.
D.Nallan
Bagi DM Kampung Baharu Ampang 1 (1,323 penggundi) dan Kampung Baharu Ampang 2 (2,542 pengundi) di Dun Lembah Jaya dipindahkan ke Dun Bukit Antarabangsa.
Begitu juga dengan DM Enggang Utara (2,470 pengundi) dan Enggang Selatan (2,882 pengundi) di Dun Bukit Antarabangsa telah dimasukkan ke Parlimen Gombak.
Manakala DM Kuala Ampang (2,892 pengundi) di Dun Hulu Kelang di bawah Parlimen Gombak telah dipindahkan ke Parlimen Ampang.
“Di DM Tasik Permai terdapat 4,504 pengundi yang majoriti pengundi Cina dan India dipindahkan ke Dun Teratai bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada wakil rakyat BN di situ.
“Kita menjangkakan walaupun berlaku persempadanan semula di dua Dun (Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya) dalam Parlimen Ampang ini, kita tidak ada masalah untuk kekal menang dalam PRU14 akan datang,”ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurutnya lagi notis kedua bantahan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya oleh SPR adalah untuk mendesak SPR mengekalkan persempadanan ketika PRU13 lalu.
“Kita mahu SPR kekalkan persempadanan PRU13 lalu. Sekira ianya tidak berlaku PKR Ampang sudah bersiap sedia untuk meningkatkan majoriti sebanyak 20,000 undi berbanding pada PRU13 lalu,” ujarnya.
Beliau berkata,dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengurangkan DM di Dun Lembah Jaya dan menambahkan DM di Dun Bukit Antarabangsa selain perpindahan pengundi asal ke kawasan DM baharu.
“Pada PRU 13 lalu,Parlimen Ampang mempunyai 34 Daerah Mengundi tetapi selepas persempadanan semula jumlah Daerah Mengundi bagi Parlimen Ampang meningkat kepada 37 Daerah Mengundi.
“Dun Bukit Antarabangsa mempunyai 13 Daerah Mengundi pada PRU-13 yang lalu dan selepas persempadanan semula Dun Bukit Antarabangsa mempunyai penambahan sebanyak 6 Daerah Mengundi yang menjadikan Dun Bukit Antarabangsa mempunyai 19 Daerah Mengundi.
“Bagi Dun Lembah Jaya pula, jumlah keseluruhan Daerah Mengundi pada PRU 13 lalu ialah sebanyak 21 Daerah Mengundi dan selepas persempadanan semula hanya tinggal 18 Daerah Mengundi bagi Dun Lembah Jaya.
“Kebanyakan pengundi Cina dan India yang dipindahkan itu sebenarnya adalah penyokong Pakatan Harapan.
“Manakala di Dun Bukit Antarabangsa yang mana DM Enggang Selatan dan Enggang Utara dikeluarkan ke Dun Hulu Kelang di bawah Parlimen Gombak tidak begitu memberi kesan kerana ada saluran mengundi yang kita pernah kalah pada PRU13 lalu.
“Bagi DM Kampung Baharu Ampang 1 dan 2 dikeluarkan dari Dun Lembah Jaya dimasukkan ke Dun Bukit Antarabangsa, ini memberi kesan kepada pengurangan jumlah pengundi di Dun Lembah Jaya,” terangnya.
Dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pendaftaran pengundi baharu dijangkakan P99 Ampang akan meningkat jumlah pengundi daripada 83,130 kepada 122,000 pengundi berdaftar yang kebanyakan dari saluran 3 dan 4 menjelangnya PRU14 akan datang.
Parlimen Ampang yang mempunyai dua Dun itu akan menyaksikan PKR di (N19) Bukit Antarabangsa dan (N20) Lembah Jaya.
“PRU13 kita menang majoriti 13,800 untuk PRU14 kita sasar majoriti 20,000 walaupun berlaku tiga atau empat penjuru, kami pastikan ahli parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin) kekal untuk penggal ketiganya dalam PRU14 kelak,” ujarnya.
Pada PRU13 Parlimen Ampang yang disandang Ketua Cabang Ampang Zuraida Kamaruddin memperoleh majoriti 13,800 undi mengalahkan calon BN.
Zuraida  akan mengekalkan kerusinya di Parlimen Ampang dan dijangka berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PKR (PH), BN dan Pas pada PRU14.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena