Saturday, 20 January 2018

[Video Bekas PTD: Rakyat sudah sedar akan penipuan UmnoBN "Kilang Kicap Bidor pun dah dibeli China Komunis!"] Jika Umno dikekalkan, NEGARA HANCUR BANCAI! Sehari dua ini ustaz talibarut dan ustaz bollywood pula diguna untuk mencela Tun dan PH.

Ahad, 21 Januari 2018
Image result for Gambar aset negara dijual kepada China

Image result for Gambar aset negara dijual kepada China
Image result for Gambar aset negara dijual kepada China

NEGARA TERUS ROSAK JIKA UMNO DIKEKALKAN...


Semua pihak sudah boleh dikatakan sudah habis berhujah, Pakatan Harapan persistence fokus kepada skandal 1mdb dan rentetan skandal lain seperti felda, tabung haji, kwsp, salahguna kuasa - masih kekal sebagai isu utama.

Tambahan utamanya pula ialah kos sara hidup yang tinggi, beban harga petrol dan cukai gst.

Semua ini dan pelbagai lagi masalah negara masalah rakyat akan digarap dalam manifesto.

Pakatan Harapan turut mengajak rakyat memahami secara mendalam kesan 1mdb, perlaksanaan dasar pengkhianatan dan pinjaman yang ditutup dengan istilah  "pelaburan  negara china" dan hutang terbesar yang kena ditanggung.

Umno boleh cuba pelbagai cara untuk memesongkan isu, mengalih fokus atau mengandaikan cerita termasuk memburukan Tun tetapi sangat tidak berkesan, backfire dan kantoi kerana "integriti" mereka sudah zero...

Sehari dua ini ustaz talibarut dan ustaz bollywood pula diguna untuk mencela Tun dan PH....

Mereka boleh meneruskan program perlancaran demi perlancaran gula-gula pilihanraya, rakyat wajib ambik dan terima kerana semua itu duit rakyat juga.

Diakui adalah sukar dan bukan juga PH boleh menarik semua sokongan rakyat khususnya orang Melayu lebih lebih lagi mereka ditakutkan secara bohong dan salah tentang DAP.
Yang menjaga orang Melayu dan Islam adalah Sistem Demokrasi Berpalimen dan Raja Berpelembagaan dan bukannya umno atau pas.

Situasi perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat bubar dengan menyaksikan sokongan dari PAS tidak lagi akan diperolehi. Bagaimanapun ia dapat ditampung semula dengan sokongan AMANAH dan BERSATU dengan terbentuknya Pakatan Harapan.

Satu lagi sokongan terbesar yang mengatasi jumlah ahli BERSATU itu sendiri adalah mereka yang menyokong Tun tanpa menyertai BERSATU dengan pelbagai sebab.

Dengan hanya memerlukan tambahan 2% undi Melayu dan mengambikira situasi sekarang, Pakatan Harapan sudah berada dalam kedudukan terbaik untuk menang tetapi masih banyak ruang gerak kerja kena dibuat, mesti menang besar.

Siri jelajah terakhir seluruh negara akan dibuat oleh PH sebaik sahaja parlimen dibubarkan bagi menghasilkan gelombang dan tsunami rakyat semua kaum undurkan umnobn.


P/s
Pecacai tak perlu lagi buang masa meroyan kerana kalau meroyan pun low class, tak ada siapapun terpengaruh.
Pecacai patut merasa malu dan hina kalau masih merayu rayu minta sokongan undi untuk sebuah parti yang korup.


Posted by 

1 comments:

Dr said...

Well said....undi ku utk PH

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena