Monday 30 May 2016

[Video] "Aku pernah memuji PR dulu" & Pas jangan ANGKUH dan TAKABBUR dengan jentera parti.

Isnin, 30 Mei 2016
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Ustaz Fakhrul Razi turut serta hadir bersama YB Rafizi Ramli Setiausaha Agung PKR ke SPRM Putrajaya berkaitan kes dakwaan wujudnya rasuah di Selangor untuk siasatan pihak SPRM.


JANGAN RIAK DAN TAKABBUR...
HJ HADI BONGKAK DENGAN JENTERA PAS
 

Menjawab apa yang disebut olah Hj Hadi bahawa beliau serik bekerjasama dengan KEADILAN kerana KEADILAN hanya hadir waktu pilihanraya, tetapi ahli2 Pas yang lebih banyak bekerja, sesungguhnya mmg ada kebenarannya walaupun tidak berlaku di semua tempat. 

Hj Hadi selalu merujuk kepada jentera Pas semata2 untuk membandingkan kekuatan politik partinya dgn parti2 lain, dan ini menunjukkan betapa lemahnya hj hadi sbg pemimpin politik. 


Adakah Hj Hadi juga mahu sebut bahawa kemenangan Dap di banyak kawasan yang ditandingi oleh parti berkenaan adalah kerana kekuatan jentera Pas?

Di Kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh Pas sejak lama, di dalam PRU13 yang lalu Pas hilang 6 Kerusi Dun yang dimenanginya sebelum itu. Kelantan adalah negeri yang hampir 100% Melayu Islam yang sepatutnya tiada masalah utk Pas, namun prestasi Pas merudum teruk. Adakah tiada jentera Pas di situ?

Dua lagi negeri Melayu yang gagal dikuasai oleh Pas adalah Terengganu dan Kedah. Pas hanya dapat perintah Terengganu dan Kedah sepenggal saja. Adakah tiada kekuatan jentera Pas di situ? 

Di Pahang, dalam PRU13 yang lalu, jika melihat kepada kekuatan jentera dan meriahnya kempen Pas, kita tidak menyangka bahawa PJ Pas Pahang, Us Tuan Ibrahim boleh kalah di Jengka. Amat hebat jentera Pas di situ. Sebab apa tewas? 

Ini membuktikan bahawa kekuatan jentera hanyalah sebagai penyumbang sahaja. Dap dilihat hampir tiada jentera, tiada markas merata2 bahkan sukar mahu melihat bendera Dap berkibar di mana2. Tapi Dap banyak menang di Kerusi yang ditandinginya. 

KEADILAN memang diakui tidak sehebat jentera Pas. Namun KEADILAN berperanan menyumbang strategi dan propaganda di dalam membawa isu2 besar yang kebanyakannya dikorek oleh pimpinan2 KEADILAN. Dap pula mempunyai kekuatan kewangan. 

Aku pernah memuji PR dulu kerana kita saling melengkapi untuk bina kekuatan bersama. KEADILAN hebat di dalam membawa isu, Pas miliki jentera yang kuat dan Dap miliki kewangan. Kesemua ini sudah cukup membuatkan dua penggal umno/bn hilang 2/3 majoriti dalam Parlimen. 

Malangnya, apabila ada yang telah merasa kuat hanya melihat kepada jentera mereka maka dicari jalan utk bersendirian. Bersendirian lebih kuat katanya. Akhirnya,mereka akur mereka perlu kawan. Tiada pilihan lain, terpaksa berbaik dgn umno dan kutip parti IKATAN, parti yang ibarat hidup segan mati tidak mahu itu. 

Di Sg Besar dan K.Kangsar nanti, apakah kekuatan jentera boleh menentukan kemenangan? Kita tunggu. 

WFAUZDIN NS 

Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena