Friday 20 May 2016

'Mengapa polis tak terkam pendedahan mengenai 1MDB?'

Jumaat, 20 Mei 2016
Page Liked · Yesterday
 
KENAPA hingga skrg 'susah sgt' nak tangkap Jho Low ??

Tetapi yg bongkar penyelewengan & kebobrokan#1MDB itulah YANG PANTAS nak ditangkap, ditahan & disumbat dlm lokap bermalam2..

Inilah sebuah negara #darulkelakar

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-polis-akan-panggil-jho-low-jika-perlu-ahmad-zahid-105611

Image result for Gambar 1MDB

'Mengapa polis tak terkam pendedahan mengenai 1MDB?'

ULASAN l Dalam temu bual dengan stesen penyiaran Singapura,Channel NewsAsia, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, laporannya mengenai 1MDB memberi asas yang mencukupi untuk siasatan seterusnya ke atas firma pelaburan negara itu.
“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.
“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.
“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” kata Ambrin yang dipetik berkata, merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Walau bagaimanapun, di sebalik tindakan PAC yang membentangkan hasil laporannya pada 7 April lalu, iaitu lebih enam minggu sudah berlalu, namun pihak Polis Diraja Malaysia belum memanggil protagonis utama 1MDB yang dikenal pasti dalam skandal itu!
Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Parlimen semalam bahawa polis masih belum menyoal bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi sebagai sebahagian daripada siasatan mereka ke atas firma itu.
"Semua saksi yang terlibat akan dipanggil oleh polis jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataan mereka dan siasatan selanjutnya.
"Shahrol belum dipanggil untuk merekodkan kenyataan beliau lagi," ujar Zahid dalam jawapan bertulis ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri.
Mengapa polis mengheret kaki mereka ke atas keseluruhan penyiasatan ini?
Bagaimana dengan laporan polis saya?
Malah, saya sendiri secara peribadi membuat laporan polis terhadap 1MDB pada Mac 2015, memohon siasatan berhubung peranan Shahrol Halmi, Jho Low dan individu lain melalui penglibatan mereka dalam pelaburan 1MDB dalam PetroSaudi.
Sebagai contoh, Shahrol Halmi telah mengarahkan bayaran AS$1.03 bilion dibayar kepada Good Star Limited, yang menurut Bank Negara Malaysia dalam maklumannya kepada PAC sebagai "sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak berkaitan dengan PetroSaudi International Limited".
Saya tidak pasti sama ada saya perlu terkejut bahawa polis masih gagal walaupun untuk menemubual individu utama 1MDB selepas lebih daripada setahun.
Selepas kedua-dua PAC dan Ketua Audit Negara mendakwa Shahrol Halmi terbabit dalam salah urus 1MDB, apa lagi yang Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar tunggu?
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena