Wednesday, 25 May 2016

[Video] Ingkar arahan MB Selangor, 3 EXCO PAS perlu letak jawatan.

Rabu, 25 Mei 2016

azmin-sungai-besar-1

Ingkar arahan MB, 3 EXCO PAS perlu letak jawatan

 | May 25, 2016
Tiga EXCO PAS itu perlu mematuhi arahan Azmin memandangkan beliau adalah Menteri Besar Selangor.
SHAH ALAM: Pemuda DAP Selangor mendesak EXCO PAS di negeri itu meletak jawatan kerana gagal memenuhi permintaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya parti Islam itu tidak bertanding pada PRK Sungai Besar pada 18 Jun nanti.
Ketuanya, Eric Teh Hoong Kiet berkata, tiga EXCO PAS itu perlu mematuhi arahan Azmin memandangkan beliau adalah Menteri Besar Selangor.
“Jika saya adalah mereka (EXCO) sudah tentu saya akan letak jawatan kerana saya tidak ikut arahan Menteri Besar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat AMANAH Selangor hari ini.
Pada 19 Mei lalu, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan telah memberi kata dua kepada tiga EXCO PAS terbabit, iaitu Iskandar Abdul Samad yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor; Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib perlu letak jawatan, jika PAS bertegas mahu bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.
Bagaimanapun, Azmin dan EXCO PKR lain dari Selangor menafikan pernah berkata demikian sambil menyifatkan laporan itu sebagai “fitnah”.
Sabtu lalu pula, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan sebagai menyangkal penafian Azmin itu.
Ini kerana jelasnya, berdasarkan maklumat yang diterima partinya, Azmin memang pernah memberi kata dua kepada tiga EXCO parti itu.
“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS letak jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” kata Khairuddin.
Ahad lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sebagai berkata, beliau akan menunggu tindakan Azmin berhubung perkara itu dan tiga EXCO PAS itu tidak akan meletak jawatan dalam apa jua keadaan.
Katanya, beliau juga bersedia terhadap kemungkinan PAS disingkirkan daripada pentadbiran kerajaan Selangor.
Semalam, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah berkata, pakatan itu akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden esok di Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
FMT.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena