Thursday, 26 May 2016

PH ada kelebihan menang atas BN jika berlaku 3 penjuru..."Sekiranya PH dibantu oleh serpihan UMNO".

Khamis, 26 Mei 2016

Teka-teki calon PRK Kuala Kangsar hampir terjawab

PH ada kelebihan menang atas BN jika berlaku 3 penjuru di 2 PRK nanti


Pertandingan 3 penjuru dikawasan bukan melayu melebihi 30% memberikan kelebihan pada PH disebabkan faktor bukan melayu sudah serik dengan BN dan hilang kepercayaan pada PAS. 

Jentera Pakatan Harapan perlu memberikan tumpuan pada pengundi bukan melayu kerana BN akan mengempur dan mengunakan seluruh jentera mereka dikawasan ini. Biasanya pengundi bukan melayu kurang memberikan tumpuan serta kurang keluar mengundi di PRK contoh seperti diTeluk Intan. 

Sekiranya Tsunami bukan melayu semasa PRU13 masih kekal ini bakal akan memberikan kelebihan pada calon PH. Pada PRU 13 pengundi bukan melayu (cina) memberikan sebanyak 90% kepada PR. Sekiranya PH cuma memperolehi 80% undi bukan melayu, itu sudah dikira baik dan PH cuma perlu bekerja keras untuk mendapatkan 25% undi melayu. 

Pada PRU13 BN (UMNO) memperolehi 69% undi melayu. Wakil PR, PAS cuma dapat 31% Undi melayu. PAS berbohong mengatakan ini kawasan tradisi mereka kerana peningkatan ketara di PRU13 adalah kerana PAS bersama PR bukan atas kekuatan mereka sendiri di kawasan melayu tetapi atas faktor 90% pengundian bukan melayu yang mengundi calon PR. 

Sewaktu bersama PR mereka cuma memperolehi 31% ketinggalan jauh dgn calon Umno yang memperolehi sebanyak 69%.. Itu sebelum adanya GST, 1MDB dll skandal Najib, UMNO berjaya dapatkan 69% undi melayu. Mood PRK Sg Besar tidak boleh dibandingkan PRN Sarawak. 

Dengan Umno sendiri sedang mengalami krisis dan sekiranya PH dibantu oleh serpihan UMNO tidak mustahil PH boleh mendapatkan lebih dari 25% undi melayu.

KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena